Monday 21 April 2014

Tips Pusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan

Assalamualaikum.

Baru-baru ni kawan saya ada kongsikan satu link blog berkenaan kaedah natural untuk memusingkan kedudukan bayi songsang dalam kandungan. Memandangkan tips tersebut mungkin berguna untuk pengunjung blog UmmuHasan, maka saya kongsikan semula entry blog tersebut di sini :)

1. Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.

2. Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri atau kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.
- Jika badan bayi di kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya. 

3. Buat seperti merangkak dalam keadaan statik, buat dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan, baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.

4. Ambil segelas air kosong,bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...

5. Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...

6. Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

7. Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk di kedudukan yg betul.

9. Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan buat solat hajat.

Seorang kawan kepada kawan saya telah mencuba semua tips di atas dan dengan izin Allah SWT kandungannya telah berpusing ke kedudukan normal sebelum bersalin. Alhamdulillah.. Jadi bagi anda yang mempunyai masalah yang sama, bolehlah mencuba tips ini.

Sekian tips kali ini. Semoga bermanfaat :)

Sumber: http://diariibuwafiq.blogspot.com/2013/07/cara-merawat-bayi-songsang-dalam.html

Anda juga mungkin berminat:
Cara Saya Hilangkan STRETCHMARK
Set Berpantang Untuk Yang Bersalin Operate
Set Untuk Membantu Penyusuan

'Izzati Zahidah
Tel: 013-5024370
Shaklee ID: 906532
FB: 'Izzati Zahidah
FB Fanpage: UmmuHasan Healthcare
Email: zahidah89@gmail.com