Sunday 2 September 2018

PENGALAMAN GENTLE BIRTH ANAK KEEMPAT

Assalamualaikum semua... 
Lama betul saya tak update blog ni.. dah dekat 4 tahun...
Alhamdulillah kali ni saya nak kongsikan pengalaman bersalin anak keempat secara natural and gentle birth di Pusat Bersalin Barakah lagi... hehe...

Sy dtg tanda darah pagi Rabu (37 week 6 days). Lepas tu call parens suruh siap sedia utk dtg sbb mak sy nk jaga dlm pantang. Kali ni nak pantang kt rumah sendiri, tak balik kampung. Malam Rabu tu ada apoinment cek up dkt hosp yg sy nk bersalin tu. So mlm tu gi cek up mcm biasa. Belum ada contraction lagi. Doc scan baby, ckp kepala baby dh masuk laluan. Bila2 masa je boleh bersalin. Pintu rahim pun nmpk makin nipis. Sy tak bgtau doc dh dtg tanda darah. Hehe... lepas tu bincang birth plan dgn doc. Doc terima semua point2 dlm birth plan sy, tapi dia explain juga contoh situasi2 yg akn menyebabkn dia tak boleh ikut birth plan tu. Sy terima dan setuju. Dalam hati tetap tenang dan yakin situasi2 tu takkan berlaku. InsyaAllah Allah akn pelihara semuanya.

Esoknya Khamis still belum ada contraction. Suami pun harap sy belum bersalin hari tu sbb dia kena hantar satu keje penting hari tu. Ok lah.. lagipun parens sy belum sampai dari kampung. Tapi dalam hati dah buat back up plan, kalau contraction dtg masa suami takda, sy akn minta bapa mertua hantar ke hospital dan minta mak saudara suami temankan utk uruskan pendaftaran. Suami akn datang dari ofis..

Malam tu parens sy sampai dari ipoh. Sy byk berjalan mlm tu sbb nk hidang mknn n layan parens. Start rasa contraction sekali sekala dekat2 pkul 12 mlm. Tapi tak kuat, so decide utk tido dulu sbb dah letih sangat. Nak restore energy utk proses bersalin nnti. Malam tu masa tido terjaga stiap 1 jam sbb ade contraction. Kul 1, kul 2, kul 3. Tapi teruskan tido je sbb contraction jauh lg.

Start kul 4 pagi (Jumaat) baru contraction dtg stiap 15 minit, pastu stiap 10 minit. Tapi contraction kali ni tak rasa terlalu sakit mcm bersalin anak pertama dan kedua dulu. Kali ni rasa mcm sakit cramp dlm perut dan sakit pinggang je. Sampai sy confuse, dah dekat nk bersalin ke, atau lambat lagi. Cuma ada rasa tekanan mcm baby sedang menolak laluan bersalin di bawah. Disebabkan contraction dh konsisten setiap 10 minit, sy pun kejut suami bangun mandi n siap2.
Minum susu n mkn roti. Kul 5.30 pagi bertolak ke hosp. Dalam kereta pasang bacaan Yasin utk tenangkan hati.. Singgah mcD drive thru beli bubur n berger buat bekalan sbb hospital tu dah tak sediakan mknn berat sekarang. Terpaksa sbb tu je kedai mkn yg buka pagi2 buta ni.

Sampai hosp lepas azan subuh. Sy serahkan buku cek up yg diselitkan birth plan kpd nurse. Nurse suruh masuk labor room sementara suami uruskan pendaftaran. Dlm labor room, pegi tandas dulu sebelum naik atas katil. Nurse naikkan sikit kepala katil. Sebelum cek nurse tanya2 dulu, "Puan nak bersalin natural ye. Anak2 sebelum ni pun bersalin natural ke?" Nampaknya nurse tu dah baca birth plan sy. Sy ckp "Ya." Nurse ckp "Ok kte cek baby dulu ye." Nurse pasang CTG di perut pastu keluar. Beberapa minit kemudian nurse masuk balik utk cek CTG. Nurse ckp baby kurang reaktif, jadi nurse suruh sy mengiring ke kiri. Baru ok bacaan.. Nurse cek laluan dh 6cm. Nurse call doc. Suami terpaksa keluar sekejap sbb nak amik duit kt ATM utk bayar deposit hosp.

Contraction stiap 10 minit, pastu stiap 5 minit. Tapi still rasa mcm cramp perut dan sakit pinggang biasa je. Kalau dulu time ni dh rasa susah nk bernafas dan rasa mcm tak sedar diri sbb contraction dh kuat sgt2.. Sampai ke sudah contraction tak berapa kuat, then tiba2 rasa nk meneran. Sy terus bagitau nurse. Sy yg masih dgn rasa confuse, boleh fikir "eh betul ke dh nk bersalin ni??" Dlm 6.45 pagi kot start nk meneran. Doc still on dway. Doc lambat sbb solat subuh kt rumah dulu kot😅 huhu... Jadi nurse je yg conduct pushing phase tu. Masa tu dh pasrah suami tak sempat balik dari bank. Lantaklah, bersalin je lah..

Kali ni sy tak push. 1st time try breathe out the baby.  Nampaknya nurse2 pun dh ade pengalaman handle org bersalin yg tak push. Sbb diorang bleh guide sy masa breathe out tu. Lepas satu kali breathe out, suami masuk labor room. Fuh.. lega. Sempat dia temankan..

Tapi sy ada panik sket masa breathe out tu sbb baru 1st time nk try, dan posisi badan tak kondusif sgt masa tu, sandar 45 degree. Patutnya nk lebih tegak lagi. Masa nk breathe out tu badan asyik melurut ke bawah sbb pelapik tilam tu licin. Suami pun tak teringat nak tolong angkat badan sy ke depan. So rasa mcm susah sket baby nk keluar masa tu. Dan kaki asyik nak tertutup je. Nurse ckp kalau tak nak push kena buka kaki luas2 😅

Setiap kali rasa nk meneran sy hembus nafas berat sambil sebut "haaaaaaa" panjang2 sbb nak elakkn teran. Bising labor room dgn suara sy hari tu. Haha.. tapi nurse rileks je, maybe sbb dh biasa kot.. Alhamdulillah selepas 3-4 kali cubaan breathe out, kul 6.53 pagi baby keluar 😊. Doc sampai tepat2 lepas baby keluar.

Lepas keluar baby terus diletakkan di atas dada. Rasa bersyukur sangat2 semua dh selesai, baby pink n healthy. Lepas tu doc potong tali pusat, keluarkan uri dan jahit luka. Suami ckp masa teran tu nmpak mcm senang sbb lebih cepat baby keluar berbanding dgn anak2 sebelum ni. Dpt 1st degree tear. Alhamdulillah, lepas bersalin masih rasa bertenaga sbb tak penat push. Bleh menyusukan baby sambil duduk. Anak2 sebelum ni menyusu sambil baring je masa kt hospital sbb badan penat push.

Persediaan saya:

*Target waktu bersalin*
Utk anak ke-4 ni, sy ada buat target waktu bersalin. Sy dpt idea utk target waktu bersalin ni dari satu status fb ni yg menceritakan tentang kaedah hypnobirthing. Ya, kte boleh ikhtiar utk target nak bersalin pada week berapa, utk elakkan overdue atau jika ada sebab tertentu, menggunakan KUASA MINDA. Dan ia boleh berlaku jika Allah mengizinkan.

Masa pregnant aritu sy target nak bersalin masa 38 week. Dengan berbekalkan sebuah kalendar, doa dan PERCAYA, alhamdulillah sy betul2 dapat.

Begini. Yg pertama, kena ada reason kenapa nk bersalin waktu tu. Aritu sy target nk bersalin masa 38 wk sbb target nk habis pantang sebelum kenduri kawen adik ipar. Susah la nk pegi kenduri kalau masih dlm pantang, badan belum sihat, nak mkn pun susah sbb kena pantang. Satu lg, sebab sy nk konfemkan tarikh mula ambil Confinement Lady. Sy dh bagi tarikhnya kpd pengusaha syarikat CL, jadi sy kena bersalin dlm 2-3 minggu sebelum tarikh ambil CL tu.

Jadi, sy tengok tarikh2 kt kalendar. Sy tengok tarikh kenduri adik ipar. Pastu kira la tarikh mula pantang yg membolehkan habis pantang about 1-2 minggu sebelum kenduri. So area time tu la sy nk bersalin. Kebetulan dpt week 38. So sy fikir ok dah tu. 38 week insyaAllah baby dh matang.. Ok, bersalin masa 38 week. Kebetulan jugak dlm 38 week tu ada birthday sy. Sy harap akn bersalin masa birthday sy, boleh sambut birthday sama2 nnti. Hehe... 

Lepas tu sy pun buat persiapan mcm konfem akn bersalin 38 week. Cari semua barang2 baby dan kelengkapan berpantang sebelum 38 week. Kemas rumah sikit2 setiap minggu nk make sure semua dh bersih sebelum 38 week. Lepas dh siap cuci rumah, dan barang2 yg di order semua dh sampai betul2 sebelum masuk 38 week, rasa lega sgt. Masa tu fikir, "Ok, dah redy nak bersalin".

Di samping tu sy selalu2 tengok kalendar, tengok tarikh2 yg sy dh kira tu, dan stiap kali tu fikir, "38 week, bersalin." Dan selalu minta dlm doa jugak. Minta Allah datangkan proses bersalin dalam 38 week, waktu siang, bersalin normal dan natural, dan minta Allah sediakan diri sy utk menghadapi proses bersalin tu. 

Alhamdulillah dtg tanda darah pada pagi 37 week 6 days. Esok malamnya (38 week) baru start contraction, bersalin pagi tu 38 week 1 day..2 hari sebelum birthday sy :)

*Pemakanan*
1. Obimin.
2. Minum susu kambing Wildan setiap hari. 
3. Mulai pertengahan 2nd trimester, minum VCO 2 sudu besar sehari utk melawaskan dan naikkn hb.
4. 2nd trimester juga amalkn mkn vitamin C dan Garlic shaklee utk kuatkn sistem keimunan dan elak jangkitan kuman di vagina.
5. 3rd trimester start amik omega guard dan ostematrix shaklee.

*Fizikal*
1. Sy takda exercise yg spesifik. Cuma stiap pagi sy akn berjalan kaki pegi beli sarapan kt gerai tepi jalan, jarak about 100-200 meter dari rumah. Sy anggap itu sbg exercise sy.
2. Rajin2 buat keje rumah dan uruskan anak selagi mampu. Tak slalu pass keje kt suami sbb sy sengaja nk aktifkan diri, nk tingkatkan stamina utk persediaan bersalin. Weekend terakhir sebelum bersalin tu sy siap panjat kaunter dapur utk cuci tingkap dapur. Mak sy nk dtg jaga dlm pantang, nnti dia bising tengok tingkap dapur kotor 😂
Tapi tiap2 hari ada la jugak tido siang time dh penat sgt atau tak cukup tido mlm 😁
3. Sy tak buat aktiviti mencangkung sgt aritu sbb sebelum pregnant tu baru je miscarriage, n 8 months before that penah bersalin premature. So, takut ada risiko bersalin premature kalo byk mencangkung kali ni sbb mengandung pun rapat2. Itu pun sy rasa mcm laluan di bawah dh buka lebih awal walaupun lambat lagi nk bersalin.. Kalau sy takda risiko tu, maybe sy akn buat byk ketuk ketampi dan aktiviti mencangkung mcm masa mengandung anak kedua dulu. Hasilnya proses bersalin fast n furious masa bersalin anak kedua, 3 jam je contraction pastu bersalin.😊
4. A lot of sex during pregnancy. Saya percaya ini juga faktor laluan bersalin mudah buka dan kurang sakit semasa contraction.

*Apa yg sy DOAKAN*
1. Allah permudahkan urusan utk bersalin normal dgn tenang, lancar dan mudah.
2. Hantarkan orang yg baik2 utk uruskan proses bersalin sy.
3. Lembutkan hati doc dan nurse utk mengikut permintaan sy dan menguruskan proses bersalin sy dgn sabar dan lemah lembut.
4. Sihatkan dan sempurnakan tubuh badan baby.
5. Jadikan baby ini baik akhlaknya, mudah dijaga, penyabar, tak kuat meragam dan mudah tido malam. (Penting ni!)
5. Pelihara diri sy dan baby dari sebarang masalah dan mudarat ketika bersalin dan selepas bersalin.
6. Datangkan proses bersalin pada waktu yg paling memudahkan sy dan suami, pada waktu siang.
7. Permudahkan urusan ibu bapa utk menjaga sy dlm pantang.
8. Permudahkan urusan berpantang dan jauhkan baby dari penyakit kuning yg tinggi dan lama.
9. Permudahkan urusan utk ambil khidmat CL dan hantarkn orang yg baik2 utk menjadi CL sy.

Alhamdulillah, semua yg sy doakan Allah bagi.. Sedarlah ibu2, kita boleh doakan APA SAHAJA yg kte mahukan asalkan benda tu baik. Allah mampu bagi apa saja yg kte minta. Berdoalah dgn rasa yakin terhadap Allah utk perkara2 yg kte rasa susah nk dapat, yg di luar kawalan kte.. mohon kpd Allah utk membantu.

P/s: masa mengandung tu lupa nk doa supaya Allah banyakkn susu dan permudahkan perjalanan breastfeeding. So, masa dlm pantang tu ada masalah susu drop sbb demam bengkak susu selama beberapa hari. Akibatnya, terpaksa top up dgn fm sampai habis pantang.

Sekian.

***