Thursday 30 January 2014

TIPS MENURUNKAN SUHU BADAN BAYI YANG DEMAM

Memang normal untuk bayi di bawah usia 2 tahun menghidap demam sekali-sekala. Apabila bayi demam tentu ibu bapa jadi tak keruan terutama bagi yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Demam di kalangan bayi agak merisaukan kerana bayi boleh terkena sawan jika suhu melebihi 38.5 darjah celcius. Jadi sangat penting untuk ibu bapa bertindak SEGERA bagi menurunkan suhu badan bayi tersebut, malah langkah-langkah pencegahan perlu diambil sebelum membawa bayi ke klinik lagi. 

Di sini saya nak kongsikan sedikit tips mudah bagi menurunkan suhu badan bayi yang demam, berdasarkn petua yang diberikan oleh emak saya dan pengalaman saya sendiri.. :)

1. Selalu-selalu lap kepala dan seluruh badan bayi dengan tuala basah. Terutamanya belakang badan, lengan, kaki dan tengkuk, ini tempat-tempat yang haba mudah berkumpul. Kemudian biar air tu kering sendiri di bawah kipas yang sederhana. Bila air tu tersejat nanti akan bawa sekali haba keluar dari badan. Biar bajunya lembab sikit pun takpa.

2. Pakaikan pakaian yang minimum dan nipis (jika cuaca tak sejuk) untuk elakkan haba berkumpul semula dalam badan. Jangan pakaikan stokin dan sarung tangan. Letak bayi di tempat yang ada pengaliran angin.

3. Jangan selimutkan juga. Kalau nak selimutkan, buka bajunya dulu. Ini bagi mengelakkan haba berkumpul semula di dalam badan.

4. Untuk mengetahui bayi masih demam atau tidak, periksa BELAKANG TENGKUK dan TAPAK KAKINYA. Kalau dua tempat ni masih panas, maksudnya masih demam. Kalau dah sejuk maksudnya dah tak demam.

5. Jika pergi ke klinik pun bawa tuala basah untuk lap kepala dan badannya sementara menunggu giliran.

6. Lebih baik jangan dimandikan. Jika mandi air suam, panas air tu akan masuk semula dalam badan. Jika air sejuk pula nnti bayi terkejut dan boleh menambah lagi demam. Gunakan kaedah penyejatan air tadi should be ok..

7. Banyakkan beri susu ibu kepada bayi kerana susu ibu kaya dengan zat dan antibodi yang akan membantu penyembuhan demam bayi.

8. Selalu-selalu juga periksa suhu badan bayi kerana kadang-kala suhu boleh naik semula selepas turun sekejap.

Sekian, semoga bermanfaat :)


Anda mungkin juga berminat:

Set Vitamin untuk Penyusuan Susu Ibu

'Izzati Zahidah
Tel: 013-5024370
Shaklee ID: 906532
FB: 'Izzati Zahidah
FB Fanpage: UmmuHasan Healthcare
Email: zahidah89@gmail.com

Wednesday 22 January 2014

Set Vitamin Untuk MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI ISTERI

Sebelum saya terangkan lebih lanjut tentang Set Kesuburan Shaklee, ingin saya jelaskan dahulu bahawa set ini  adalah rangkaian vitamin yang dicadangkan untuk MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN SISTEM REPRODUKTIF suami isteri. Ia adalah usaha untuk meningkatkan kesihatan sistem peranakan/reproduktif, BUKAN MEMBERIKAN ZURIAT kepada pasangan suami isteri. Kita perlu jelas bahawa hanya Allah S.W.T. yang berkuasa mengurniakan zuriat kepada manusia. Pengambilan Set Kesuburan ini adalah sebagai USAHA manusia bagi memenuhi perintah Allah untuk berusaha dahulu sebelum bertawakkal kepadaNya. Selain usaha fizikal, pasangan suami isteri juga perlu kerap berdoa dan menjaga ibadah agar Allah S.W.T. berkenan untuk memberikan hasil kepada usaha ini..



Sebaik-baiknya kedua-dua suami dan isteri mengambil set ini bagi meningkatkan tahap kesuburan masing-masing dan meninggikan kebarangkalian untuk mendapatkan hasil. Ringkasan fungsi vitamin-vitamin dalam Set Kesuburan ini seperti berikut.

Untuk Isteri:

1. GLA Complex - memperbaiki hormon wanita, meningkatkan kesuburan wanita, mengubati senggugut dan period tak tetap, merawat jerawat.


2. Vitamin B-Complex - membantu semua proses dalam badan, membekalkan asid folik sebagai persediaan utk kehamilan, mengurangkan stress.

3. Vitalea - multivitamin yg membekalkan zat dan vitamin lengkap kpd badan, utk menyihatkan sel2 badan sekaligus membantu sistem peranakan utk berfungsi dgn baik. juga membekalkan asid folik dan zat besi utk persediaan kehamilan.

******************************************************************

Info: Kepentingan Vitamin B-Complex dan Vitalea untuk meningkatkan kesuburan


1. Sebanyak 400mcg ASID FOLIK dalam b-comp & Vitalea diperlukan utk tingkatkn kesuburan lelaki & wanita. Malah ada doktor yang beri suplemen asid folik kepada wanita yg sedang merancang utk hamil sbg persediaan ke arah kehamilan. Berdasarkn maklumat dari blog Dr. Zubaidi, asid folik dapat tingkatkan kesuburan wanita dan tingkatkan penghasilan sperma bg laki. Selain itu, 12 mggu pertama kehamilan adalah tempoh yang sangat kritikal yang perlukan asid folik utk pembentukan tulang belakang dan saraf tunjang janin. Oleh itu penting utk memastikan wanita mengambil suplemen asid folik di awal kehamilan.


2. Asid folik dan zat besi di dalam Vitalea diperlukan utk PENGHASILAN SEL DARAH MERAH. Penting sbg persediaan rahim utk menampung kehadiran janin yg perlukan bekalan darah mencukupi. MENGELAKKAN MASALAH HB RENDAH (kurang darah merah) ketika hamil.


3. Vit. B-comp membantu MENGURANGKAN STRESS. Kadang2 masalah stress akan mengganggu kestabilan hormon wanita dan menyebabkan kurang subur.


********************************************************************


4. Alfalfa (Optional) - dicadangkan untuk diambil oleh wanita yang pernah atau kerap keguguran. Berfungsi menguatkan rahim dan meningkatkan kesihatan rahim.

5. Energizing Soy Protein (Optional) - meningkatkan kesuburan wanita, memberi tenaga dan rasa kenyang, mencantikkan dan menggebukan kulit.

Untuk Suami:

1. Vitamin E (juga boleh diambil oleh isteri) - menyuburkan organ reproduksi suami dan isteri, meningkatkan keupayaan seksual lelaki, membaiki sel-sel yang rosak akibat radikal bebas, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat. Meningkatkan rasa nikmat pada suami isteri ketika melakukan hubungan kelamin.

2. Zinc complex - membantu menghasilkan sperma yang sihat dan banyak, serta hidup lebih lama dalam badan wanita.
Hubungi saya utk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee dengan harga istimewa dan konsultasi terbaekk :)

Anda mungkin juga berminat:
Tips MENGHANGATKAN CINTA Suami Isteri
Testimoni GLA Complex untuk Ikhtiar Hamil
Set Mengandung Shaklee


'Izzati Zahidah
Tel: 013-5024370
Shaklee ID: 906532
FB: 'Izzati Zahidah
FB Fanpage: UmmuHasan Healthcare
Email: zahidah89@gmail.com

Friday 17 January 2014

Tips Mengelakkan STRETCHMARK Semasa Hamil

Kebanyakan wanita mengambil langkah mengubati stretchmark selepas bersalin. Sebenarnya langkah ini kurang berkesan kerana sebaik sahaja stretchmark sudah terbentuk, SANGAT SUSAH untuk menghilangkannya sepenuhnya. Malu tau, masa baru kahwin, kulit cantik licin, confident je di depan suami. Tapi lepas bersalin anak pertama, terus low confident sebab perut penuh dengan stretcmark sampai ke paha!


Anda mahu kulit anda kelihatan begini selepas bersalin?

Tahukah anda, stretchmark boleh DIELAKKAN sejak sebelum bersalin lagi, dan langkah ini adalah lebih baik dan lebih murah. Betul tu, DIELAKKAN, maksudnya tips yang akan saya beritahu ini adalah bagi wanita yang pertama kali mengandung dan masih belum mempunyai kesan stretchmark di perut. Caranya mudah saja, hanya sapukan apa-apa minyak yang selamat untuk kulit (contoh: minyak zaitun, baby oil, minyak kelapa pun bolehhh) atau losyen di SELURUH PERMUKAAN PERUT serta bahagian paha yang dirasakan telah membesar, SETIAP HARI mulai bulan ke-5 kandungan sehingga bersalin. Langkah ini akan memberikan lembapan secukupnya kepada kulit, menjadikan kulit lebih kenyal dan boleh mengembang dengan selamat apabila perut semakin membesar, serta mengelakkan kesan rekahan (stretchmark) di permukaan kulit.

Saya dah cuba kaedah ini semasa mengandungkan anak pertama dahulu dan memang berkesan, tiada stretchmark langsung! Jadi janganlah beralasan bahawa sibuk dengan kerja, penat, malas nak sapu-sapu ni.. nanti sendiri yang menyesal ~

Sekian tips untuk hari ini :)

'Izzati Zahidah
Tel: 013-5024370
Shaklee ID: 906532
FB: 'Izzati Zahidah
FB Fanpage: UmmuHasan Healthcare
Email: zahidah89@gmail.com


Alhamdulillah, Masalah KEPENATAN MELAMPAU Telah Diatasi dengan Set Menyusu

Sebelum ini saya post testimoni orang lain yang mengamalkan Set Menyusu Shaklee. Kali ini saya nak ceritakan pula pengalaman saya sendiri sejak mengamalkan set ini. Kebanyakan ibu menyusu mengambil Set Menyusu Shaklee utk menambah susu badan. Ini berlainan dgn saya. Alhamdulillah saya tiada masalah susu badan kurang atau merudum. Namun masalah yg saya hadapi dalam tempoh menyusukan anak saya ialah KEPENATAN YANG MELAMPAU.

Sejak zaman bujang lagi saya mempunyai stamina yang rendah. Cepat penat bila banyak berjalan, cepat lapar, tak boleh lambat makan, selalu pening apabila berdiri lama..ini disebabkan oleh masalah tekanan darah rendah dan gastrik.. Lepas dah beranak, kena uruskn hal ehwal anak kecil yang aktif dan kuat menyusu, di samping melakukan kerja rumah yang merupakan 100% kerja fizikal, tenaga badan saya seperti diperah-perah. Tambahan lagi anak saya jenis yang susah tidur malam, terpaksa temankan dia berjaga sampai pagi setiap hari.. Setiap kali tiba waktu Maghrib je saya hampir flat. Tapi tak boleh la nak rehat sebab time ni kena uruskn suami yang baru balik kerja..


Disebabkan kepenatan ini emosi saya tak stabil, selalu rasa nak marah dengan orang sekeliling (hampir meroyan). Inilah yang membuatkn saya mengambil Set Menyusu Shaklee. Demi keharmonian rumahtangga sendiri, saya perlukan zat tambahan untuk sihatkan badan dan tambah tenaga saya. Alhamdulillah, lepas seminggu lebih mengambil set ini, saya rasa perubahan yang ketara pada tahap tenaga. Badan sentiasa bertenaga, tak diserang gastrik lagi, susu pun memang semakin banyak. Malah saya mampu berjaga malam temankan anak yang tak nak tidur sampai pukul 3 pagi dengan cergas..Bila kurang penat, STRESS pun berkurang.. 


Alhamdulillah, bersyukur sangat bertemu dengan vitamin Shaklee, daripada TIRED MAMA kini saya seorang HAPPY MAMA ^ _ ^


Jadi bagi ibu-ibu menyusu di luar sana yg mengalami masalah kepenatan setiap hari, cubalah Set Menyusu Shaklee. InsyaAllah tak menyesal.. Saya maksudkan set lengkap lah.. kalau ambil set bajet saya tak jamin hasilnya sebaik ini.. :) Orang yang tak menyusukan anak pun boleh ambil set ni, malah kaum lelaki pun boleh ambil utk meningkatkan tenaga harian..

Berminat mencuba Set Menyusu Shaklee? Mudah saja, order melalui link di bawah atau sms/call/whatsapp saya di 013-5024370 untuk harga istimewa dan konsultasi lanjut :)

Order: https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=419d2439f2540b883c361010cc19e4b8

Anda mungkin juga berminat:


SET VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU
TESTIMONI SET MENYUSU
TIPS PUASA BERTENAGA UNTUK IBU MENYUSU


'Izzati Zahidah
Tel: 013-5024370
Shaklee ID: 906532
FB: 'Izzati Zahidah
FB Fanpage: UmmuHasan Healthcare
Email: zahidah89@gmail.com