Thursday 30 January 2014

TIPS MENURUNKAN SUHU BADAN BAYI YANG DEMAM

Memang normal untuk bayi di bawah usia 2 tahun menghidap demam sekali-sekala. Apabila bayi demam tentu ibu bapa jadi tak keruan terutama bagi yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Demam di kalangan bayi agak merisaukan kerana bayi boleh terkena sawan jika suhu melebihi 38.5 darjah celcius. Jadi sangat penting untuk ibu bapa bertindak SEGERA bagi menurunkan suhu badan bayi tersebut, malah langkah-langkah pencegahan perlu diambil sebelum membawa bayi ke klinik lagi. 

Di sini saya nak kongsikan sedikit tips mudah bagi menurunkan suhu badan bayi yang demam, berdasarkn petua yang diberikan oleh emak saya dan pengalaman saya sendiri.. :)

1. Selalu-selalu lap kepala dan seluruh badan bayi dengan tuala basah. Terutamanya belakang badan, lengan, kaki dan tengkuk, ini tempat-tempat yang haba mudah berkumpul. Kemudian biar air tu kering sendiri di bawah kipas yang sederhana. Bila air tu tersejat nanti akan bawa sekali haba keluar dari badan. Biar bajunya lembab sikit pun takpa.

2. Pakaikan pakaian yang minimum dan nipis (jika cuaca tak sejuk) untuk elakkan haba berkumpul semula dalam badan. Jangan pakaikan stokin dan sarung tangan. Letak bayi di tempat yang ada pengaliran angin.

3. Jangan selimutkan juga. Kalau nak selimutkan, buka bajunya dulu. Ini bagi mengelakkan haba berkumpul semula di dalam badan.

4. Untuk mengetahui bayi masih demam atau tidak, periksa BELAKANG TENGKUK dan TAPAK KAKINYA. Kalau dua tempat ni masih panas, maksudnya masih demam. Kalau dah sejuk maksudnya dah tak demam.

5. Jika pergi ke klinik pun bawa tuala basah untuk lap kepala dan badannya sementara menunggu giliran.

6. Lebih baik jangan dimandikan. Jika mandi air suam, panas air tu akan masuk semula dalam badan. Jika air sejuk pula nnti bayi terkejut dan boleh menambah lagi demam. Gunakan kaedah penyejatan air tadi should be ok..

7. Banyakkan beri susu ibu kepada bayi kerana susu ibu kaya dengan zat dan antibodi yang akan membantu penyembuhan demam bayi.

8. Selalu-selalu juga periksa suhu badan bayi kerana kadang-kala suhu boleh naik semula selepas turun sekejap.

Sekian, semoga bermanfaat :)


Anda mungkin juga berminat:

Set Vitamin untuk Penyusuan Susu Ibu

'Izzati Zahidah
Tel: 013-5024370
Shaklee ID: 906532
FB: 'Izzati Zahidah
FB Fanpage: UmmuHasan Healthcare
Email: zahidah89@gmail.com

No comments:

Post a Comment