Sunday 25 May 2014

5 SYARAT ASAS UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum :)

Kali ni saya nak share tentang 5 syarat ASAS untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
Syarat2 ini sangat penting utk dipenuhi kerana jika ibu2 tak penuhi 5 syarat asas ni, susu tetap akan kurang walaupun dah ambil pelbagai supplemen.. 



1. Waktu menyusu/mengepam yg konsisten. Bagi yg menyusu secara direct, susukan bayi anda setiap kali dia mahu menyusu, dengan kata lain berikan susu secara ‘on demand’. Bagi yg mengepam susu, pam secara tetap setiap 2 atau 3 jam. Waktu mengepam mestilah konsisten setiap hari. Tak boleh suka hati nak tukar2..

2. Jika direct breastfeed, pastikan bayi menyusu sehingga berhenti sendiri. Jika mengepam, pastikan pam sehingga payudara kosong. 

3. Minum AIR KOSONG 2-3 liter sehari. Bukan air manis ye, kerana terlalu banyak minum air manis boleh menyebabkan badan makin dehydrated. Air ni penting utk utk menghasilkan air susu tu..

4. Kesihatan yg baik. Kesakitan, terlampau letih dan period boleh menyebabkan susu berkurang. Oleh sebab itu, ibu2 hendaklah menjaga pemakanan setiap hari, makan makanan yg berkhasiat dan CUKUP makan. Jangan skip2 makan ok..

5. Fikiran dan emosi yg positif. Faktor pemikiran sangat memberi kesan terhadap production susu. Ibu2 hendaklah PERCAYA dan YAKIN bahawa susu anda CUKUP untuk keperluan anak anda. Yakin bahawa Allah telah menyediakan rezeki yg cukup kepada setiap hambanya. Susu tak banyak tak apa, yang penting ia CUKUP utk keperluan bayi anda. Bagaimana nak tau susu tu cukup? Lihat respon baby selepas habis menyusu. Kalau bayi tidur atau diam saja lepas menyusu, itu bermaksud dia telah mendapat cukup susu. Jangan sekali-kali ada fikiran bahawa susu anda sikit atau tak cukup. Walaupun susu nampak macam sikit, otak jangan mengiyakannya. Jangan fikir "Susu aku sikit, susu aku tak cukup." No, no.. BUANG JAUH-JAUH perkataan tu dari dalam kepala ibu. Kalau asyik fikir begitu, buatlah berapa banyak tips pun, makan berapa banyak suplemen pun, semuanya takkan berkesan kerana badan akan bertindak mengikut apa yg dikatakan oleh otak. Ibu perlu percaya bahawa susu ibu akan cukup dan akan bertambah lagi.

Selain itu, ibu2 juga perlu mempunyai emosi yg positif. Walaupun susu nampak macam sikit, jangan down dan jangan stress. Stress akan menyebabkan hormon oxytocin (hormon gembira) berkurang. Hormon penyusuan (prolaktin) akan mengikut paras hormon oxytocin. Kalau hormon oxytocin rendah, hormon penyusuan juga akan jadi rendah, maka susu pun kurang dihasilkan. Sebab itu ramai ibu2 yg banyak stress atau risau akan mendapati kuantiti susu mereka berkurang. Ibu2 perlu sentiasa bertenang, terutama ketika mengepam susu. Sebab itu ibu2 digalakkan melihat gambar anak ketika mengepam di tempat kerja bagi memupuk perasaan gembira. Ibu yang sedang menyusu direct pula hendaklah melihat muka bayi anda dgn rasa kasih dan sayang, fikir "comelnya anak ibu.. sayangnya anak ibu.. susu ibu banyak.. susu ibu cukup untuk kamu :)" 

Ibu2 juga perlu bersyukur selepas setiap kali mengepam susu, tak kiralah berapa banyak kuantiti yg anda dapat selepas mengepam, kerana itu adalah rezeki dari Allah. Ingat janji Allah, sesiapa yg bersyukur terhadap pemberianNya, Dia akan menambahkan lagi nikmatNya. Ibu digalakkan untuk berzikir/selawat sambil2 menyusukan/mengepam, bagi menjana emosi yg positif dan rasa yakin terhadap kebolehan diri menghasilkan susu yg cukup untuk anak. 

InsyaAllah ibu2 akan dpt menjalani tempoh penyusuan dgn jayanya jika istiqamah menjaga 5 syarat di atas.. 

Jadi di mana perlunya SUPPLEMEN? 

Supplemen membantu ibu2 memenuhi syarat ke-4 dan ke-5. Dengan mengambil supplemen, kesihatan ibu akan sentiasa berada pada tahap tip-top. Sentiasa BERTENAGA, sekaligus MENGELAKKAN rasa STRESS dan MOODY akibat keletihan. Set Menyusu Shaklee menyediakan vitamin lengkap yg memang diperlukan oleh badan manusia setiap hari. Bukan ibu2 je boleh ambil set ni, malah kaum lelaki pun bleh ambil kalau nak sentiasa sihat. Selain itu Vit. B-complex juga meransang penghasilan hormon yg akan memberi ketenangan kepada otak dan melegakan stress. Oleh itu ibu2 menyusu sekalian sangat digalakkan utk mengamalkan vitamin Set Menyusu Shaklee sepanjang tempoh penyusuan anda :)



Anda mungkin juga berminat:
SET VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU
Alhamdulillah, Masalah KEPENATAN MELAMPAU Telah Diatasi dengan Set Menyusu
TIPS PUASA BERTENAGA UNTUK IBU MENYUSU

'Izzati Zahidah
Shaklee ID:906532
Tel: 013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

Sunday 18 May 2014

SET PUASA UNTUK IBU MENYUSU


Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya mengganti puasa sambil menyusukan anak pertama (30 hari perlu ganti puasa sebab berpantang sepanjang bulan Ramadhan). Sejak lepas bersalin anak pertama, badan saya rasa tersangat letih setiap hari. Actually dalam tempoh menyusukan anak memang ibu akan rasa cepat lapar dan letih sebab nak hasilkan susu badan tu memerlukan banyak kalori dalam badan ibu, dan baby saya memang sangat kuat menyusu. Tambahan pula saya mempunyai metabolisma tinggi dan gastrik. Selalu rasa lapar tapi tahan je sebab anak asyik nak dukung je. Even sebelum kahwin pun saya jenis cepat lapar dan berat badan susah naik.

Jadi saya memang tak mampu ganti puasa dalam 5-6 bulan pertama lepas bersalin anak pertama tu kerana letih membuat kerja rumah yg tak pernah selesai sepanjang hari - memasak, menyusukan baby, mengemas, memandikan baby, tukar lampin baby 4-5 kali sehari.. Kemudian lepas 6 bulan baby dah kurang menyusu sebab dah mula makan solid food, tapi saya tetap tak mampu berpuasa. Nak uruskan baby pun satu tugas mencabar sebab pada umur 6 bulan tu beratnya dah 7kg lebih.. bayangkan anda mengusung kampit beras 5kg ke sana-sini, mesti penat kan. Yg ni 7kg okay.. huhu..

Sehinggalah saya start minum ESP dan Performance Drink Shaklee. Kesannya memang sangat SUPERB dlm membantu saya puasa. Masa tu baby dah 6 bulan.. Pada pertama kali saya ganti puasa, saya rasa sangat amazed dengan betapa tenang dan bertenaganya saya pada hari itu. Boleh buat most kerja rumah dan menyusukan baby dgn GEMBIRA. Susu pun tak berkurang! Alhamdulillah, dan sangat kagum.. Mungkin kerana effect Performance Drink yg mengekalkan kandungan air dalam badan, jadi saya memang tak rasa dahaga sangat. ESP pulak memang well-known sbg milkbooster dan beri rasa kenyang yg lama, jadi saya kurang rasa lapar. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.. Memanglah dalam pukul 4 petang tu saya dah start rasa lemah, tapi kalau takda ESP dan Performance Drink ni, pukul 12 tengahari saya dah lembik kot..




Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana Allah mempertemukan saya dgn ESP dan Performance Drink ni, dapat saya ganti puasa dgn tak mengganggu aktiviti harian saya ^ _ ^

Kalau anda sering rasa lemah dan lembik di ofis semasa puasa, eloklah ambil set puasa ini. Bukan apa, kita tak nak la mendatangkan fitnah kepada Islam kalau ofismate non-Muslim rasa puasa orang Islam ni tak bagus sebab menurunkan prestasi kerja mereka.. Jadi, bertindaklah sekarang!

Berminat nak cuba ESP dan Performance drink? Order melalui link di bawah atau hubungi saya untuk konsultasi lanjut.
Order: https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b4c09291255e39e37e6eaf492991d330

'Izzati Zahidah
013-5024370