Showing posts with label tambah tenaga ketika puasa. Show all posts
Showing posts with label tambah tenaga ketika puasa. Show all posts

Thursday, 17 July 2014

TIPS PUASA BERTENAGA UNTUK IBU MENYUSU

Alhamdulillah, setelah beberapa hari membuat eksperimen kpd diri sendiri, saya telah temui formula sahur yg membolehkan ibu menyusu berpuasa dgn bertenaga di samping maintain penghasilan susu.

Formulanya semasa sahur ialah minum susu+ESP+Performance drink, kemudian makan 3 biji kurma, dan akhir sekali minum 1-2 gelas air kosong. Gabungan makanan rendah glisemik index (ESP) dgn kurma memang sangat memberi tenaga yg berpanjangan semasa puasa.



Sudah beberapa hari saya tak makan nasi semasa sahur. Sebab saya dapati kalau saya makan nasi di samping minum ESP masa sahur, menjelang tengahari mesti rasa sangat lapar dan letih sampai perut masuk angin. Kemudian bila lewat petang susu dah kering. Tak pasti kenapa, tapi itulah yg terjadi pada beberapa hari pertama puasa kali ni.

Beberapa rakan lain yg menyusukan juga mengakui perkara yg sama. Bila tak makan nasi dan hanya minum ESP dan makan kurma masa sahur, rasa lebih bertenaga dan cergas, tak mengantuk, boleh bertahan sampai petang. Alhamdulillah..

Pada sebelah malam saya banyakkan minum air kosong untuk gantikan air yg hilang semasa puasa, dan makan makanan berat selepas isyak utk top up kalori yg diperlukan oleh ibu menyusu. Alhamdulillah, semasa puasa rasa cergas dan susu maintain.

Tips ni bukan utk ibu menyusu je, yg tak menyusukan atau bujang2 pun boleh amalkan tips ni utk rasa lebih bertenaga semasa puasa. Tapi yg makan berat lepas isyak tu jangan ikut la. Tu utk ibu menyusu je. Org lain tak perlukan kalori sebanyak itu, nanti mengumpul lemak pulak :D

Kalau nk try set ni boleh order melalui link di bawah atau sms/pm/whatsapp saya untuk harga istimewa dan konsultasi lanjut :)

Order: https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b4c09291255e39e37e6eaf492991d330

Anda mungkin juga berminat:
SET VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU
TESTIMONI SET MENYUSU
Alhamdulillah, Masalah KEPENATAN MELAMPAU Telah Diatasi dengan Set Menyusu

'Izzati Zahidah
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

Sunday, 18 May 2014

SET PUASA UNTUK IBU MENYUSU


Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya mengganti puasa sambil menyusukan anak pertama (30 hari perlu ganti puasa sebab berpantang sepanjang bulan Ramadhan). Sejak lepas bersalin anak pertama, badan saya rasa tersangat letih setiap hari. Actually dalam tempoh menyusukan anak memang ibu akan rasa cepat lapar dan letih sebab nak hasilkan susu badan tu memerlukan banyak kalori dalam badan ibu, dan baby saya memang sangat kuat menyusu. Tambahan pula saya mempunyai metabolisma tinggi dan gastrik. Selalu rasa lapar tapi tahan je sebab anak asyik nak dukung je. Even sebelum kahwin pun saya jenis cepat lapar dan berat badan susah naik.

Jadi saya memang tak mampu ganti puasa dalam 5-6 bulan pertama lepas bersalin anak pertama tu kerana letih membuat kerja rumah yg tak pernah selesai sepanjang hari - memasak, menyusukan baby, mengemas, memandikan baby, tukar lampin baby 4-5 kali sehari.. Kemudian lepas 6 bulan baby dah kurang menyusu sebab dah mula makan solid food, tapi saya tetap tak mampu berpuasa. Nak uruskan baby pun satu tugas mencabar sebab pada umur 6 bulan tu beratnya dah 7kg lebih.. bayangkan anda mengusung kampit beras 5kg ke sana-sini, mesti penat kan. Yg ni 7kg okay.. huhu..

Sehinggalah saya start minum ESP dan Performance Drink Shaklee. Kesannya memang sangat SUPERB dlm membantu saya puasa. Masa tu baby dah 6 bulan.. Pada pertama kali saya ganti puasa, saya rasa sangat amazed dengan betapa tenang dan bertenaganya saya pada hari itu. Boleh buat most kerja rumah dan menyusukan baby dgn GEMBIRA. Susu pun tak berkurang! Alhamdulillah, dan sangat kagum.. Mungkin kerana effect Performance Drink yg mengekalkan kandungan air dalam badan, jadi saya memang tak rasa dahaga sangat. ESP pulak memang well-known sbg milkbooster dan beri rasa kenyang yg lama, jadi saya kurang rasa lapar. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.. Memanglah dalam pukul 4 petang tu saya dah start rasa lemah, tapi kalau takda ESP dan Performance Drink ni, pukul 12 tengahari saya dah lembik kot..




Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana Allah mempertemukan saya dgn ESP dan Performance Drink ni, dapat saya ganti puasa dgn tak mengganggu aktiviti harian saya ^ _ ^

Kalau anda sering rasa lemah dan lembik di ofis semasa puasa, eloklah ambil set puasa ini. Bukan apa, kita tak nak la mendatangkan fitnah kepada Islam kalau ofismate non-Muslim rasa puasa orang Islam ni tak bagus sebab menurunkan prestasi kerja mereka.. Jadi, bertindaklah sekarang!

Berminat nak cuba ESP dan Performance drink? Order melalui link di bawah atau hubungi saya untuk konsultasi lanjut.
Order: https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b4c09291255e39e37e6eaf492991d330

'Izzati Zahidah
013-5024370