Monday 22 December 2014

11 KEISTIMEWAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Tahukah anda? Kolagen adalah sejenis protein yg merangkumi 30% daripada keseluruhan protein dalam badan kita. Ia menyokong KEKUATAN, KEKENYALAN dan KEANJALAN KULIT, serta memelihara KESIHATAN SENDI DAN TULANG.

1. Shaklee Collagen Powder bersumberkan SISIK IKAN MERAH dari laut dalam yg tulen dan berkualiti tinggi. Kolagen ikan laut dalam dipilih kerana strukturnya yang mirip dengan kolagen manusia dan molekulnya lebih kecil dan mudah diserap oleh tubuh manusia serta tahan lasak




2. Size molekul kolagen dalam Shaklee Collagen Powder SANGAT HALUS iaitu 1000 dalton amat berkesan utk PENYERAPAN UNGGUL DAN EFFECT SEGERA. 




3. Telah terbukti melalui UJIAN KLINIKAL bahawa ianya selamat dan penggunaan secara konsisten selama 8 minggu dapat mengembalikan keremajaan kulit anda! 




4. Diperbuat daripada 7 ramuan khas berikut bagi menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.


5. Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, menjadikan kulit lebih ANJAL

6. Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sebagai PELINCIR SENDI, MENGHIDRAT MATA, & melegakan ketidakselesaan mata

7. Lactobacillus acidophilus: Memudahkan penyingkiran toksin dan meningkatkan penyerapan kolagen

8. Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan

9. Ekstrak Pfaffia: Merawat RAMBUT GUGUR, ketidakseimbangan HORMON, dan meningkatkan TENAGA BATIN. Meningkatkan prestasi dan tenaga

10. Vitamin C: Menggalakkan PENGHASILAN KOLAGEN dan MENENTANG RADIKAL BEBAS


11. Vitamin B2,B6: membekalkan TENAGA yg penting dalam proses penghasilan kolagen di dalam sel tubuh.

Pendek kata, Shaklee Collagen Powder memberikan KEANJALAN, PENGHIDRATAN dan ANTIOKSIDAN yg UNGGUL….




Promosi Buy 3 Free 1 Shaklee Collagen Powder sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2014 ini. Sms/pm me for order :)


Koleksi testimoni Shaklee Collagen Powder di sini:  http://ummuhasanhealth.blogspot.com/2014/09/koleksi-testimoni-shaklee-collagen.html


'Izzati Zahidah Othman

Pengedar Shaklee Pilihan Anda (ID:906532)
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

5 JENIS KOLAGEN DALAM BADAN MANUSIA

Bila sebut kolagen, mesti ramai yg fikir tentang kulit cantik je.. sebenarnya, fungsi kolagen sangat banyakkk dalam badan kita. Terdapat 29 jenis kolagen dalam badan kita, 90% daripadanya adalah dari jenis Kolagen I, II, III dan IV.



Kolagen I: terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


Koleksi testimoni Shaklee Collagen Powder di sini:  http://ummuhasanhealth.blogspot.com/2014/09/koleksi-testimoni-shaklee-collagen.html

'Izzati Zahidah

Pengedar Shaklee Anda
013-5024370

FB: 'Izzati Zahidah

4 FAKTA KOLAGEN DALAM BADAN


1. Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan dianggarkan 1/3 daripada keseluruhan protein di dalam badan adalah terdiri daripada kolagen.

2. Ianya turut berfungsi memberikan struktur protein kepada badan, memelihara kepadatan tulang, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut (ligamen dan tendon) serta menyambungkannya dengan tulang badan.

3. Kajian telah menunjukkan kesan penggunaan kolagen dapat mengurangkan bilangan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit.

4. Ketika usia menjangkau 20 TAHUN ke atas, kolagen akan mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5% SETAHUN dan sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka akan kehilangan HAMPIR SEPARUH daripada kolagen semulajadi. Kerana itu kita dapat lihat selepas berumur 45 tahun, kulit akan mengendur, berkedut dan kusam serta berjeragat, selain mendapat sakit-sakit sendi dan pinggang.





Oleh itu supplemen kolagen boleh diambil sebagai makanan kesihatan untuk mengatasi masalah seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Koleksi testimoni Shaklee Collagen Powder di sini: http://ummuhasanhealth.blogspot.com/2014/09/koleksi-testimoni-shaklee-collagen.html

'Izzati zahidah

Pengedar Shaklee (ID: 906532)
013-5024370

FB: 'Izzati Zahidah

Saturday 20 December 2014

SET UNTUK KULIT CANTIK, GEBU, HALUS MULUS..

Memperkenalkan Set Kesihatan Kulit Shaklee. Untuk anda di luar sana yg mengalami kulit
- BERJERAWAT, 
- TERLALU BERMINYAK atau KERING, 
- KULIT KUSAM atau MENGELUPAS, 
- BERJERAGAT atau TONE TAK SEKATA, 
- BERPARUT 

Umur baru 25 tahun tapi nampak mcm 35 tahun??

Haa.. Jangan risau, ini solusi untuk anda… Set ini bukan hanya mencantikkan kulit muka, malahan SELURUH BADAN.
Set Kecantikan Kulit Lengkap

SET ASAS bagi kesihatan kulit ini terdiri daripada Vitamin B complex, Vitamin C dan Vitamin E yang sangat penting utk memelihara kecantikan kulit secara semulajadi.

Vitamin B-complex 
- Mengandungi semua vitamin B yg diperlukan badan (B1, B2, B3, B5, B6, B9, B12)
- Penting utk proses metabolism badan dan kestabilan emosi

- Mengurangkan STRESS yg boleh menjadi punca jerawat
- Membekalkan 100% nilai harian vitamin B yg diperlukan oleh badan
- Menggalakkan kesihatan kulit, kuku dan rambut


Vitamin C (500mg)
- Dilengkapi ‘citrus bioflavonoid’ utk membantu fungsi vitamin C secara semulajadi
- Merangsang pembentukan kolagen
- Mempercepat pemulihan luka kebakaran dan pembedahan
- Melambatkan penuaan dan pembentukan pigmen pada kulit
- Meningkatkan sistem keimunan badan
- Mengurangkan kesan alahan pada kulit

Vita-E Complex (400IU)
- Membekalkan Vitamin E semulajadi + selenium semulajadi bagi membantu penyerapan vitamin E dalam badan
- Diperbuat daripada minyak soya organic, minyak biji gandum dan minyak biji anggur untuk kesan anti-oksidan yang paling berkesan
- MELAMBATKAN PENUAAN SEL, MENCERAHKAN KULIT, MEMULIHKAN KEDUT, PARUT DAN JERAWAT PADA SELURUH BADAN 
- Memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan paha
- Memelihara kesihatan jantung dan keanjalan arteri, merendahkan kolesterol

- merawat masalah 'kedinginan dan kekeringan' selepas bersalin


Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh tambahkan ESP (Energizing Soy Protein) untuk hasil yang lebih MASYUKK...
- Protein soya berkualiti tinggi, diperbuat daripada kacang soya non-GMO
- Menganjalkan payudara
- MENGGEBUKAN kulit
- MILKBOOSTER bagi ibu menyusu
- menstabilkan hormon
- memberi rasa KENYANG yang lama (membantu turunkan berat badan) dan TENAGA segera

Jika anda mempunyai kulit alergic, resdung atau jerawat kronik, detox dulu dengan ALFALFA COMPLEX

- Alfalfa yg bersifat alkali mampu meneutralkan asid berlebihan dalam badan dan menyingkirkan toksin
- melawaskan pembuangan air besar dan mencuci usus
- merawat masalah alergic terhadap seafood, habuk dan resdung
- merawat masalah bau badan, resdung, gout
- turut berfungsi seperti KACIP FATIMAH utk merapatkan saluran keintiman
- menghilangkan keputihan
- MILKBOOSTER utk ibu menyusu
* tidak sesuai utk wanita hamil dan penghidap SLE

Jika anda mengalami masalah period tak tetap, senggugut atau hormone tak stabil, tambahkan GLA Complex kepada set asas..

- menstabilkan hormon dalam badan
- mencantikkan kulit
- merawat jerawat
- menegangkan payudara
- meningkatkan kesuburan wanita (iktiar untuk hamil)
- mengecutkan Cyst, fibroid dan membantu rawatan endometriosis
- mengecutkan dan memulihkan rahim selepas bersalin
- membantu pemulihan ECZEMA
* tidak sesuai utk wanita hamil
** Koleksi testimoni GLA Complex: http://ummuhasanhealth.blogspot.com/2014/09/koleksi-testimoni-gla-complex.html

Tapi jika anda mahukan hasil yang lagi POWERR, ambillah Shaklee COLLAGEN POWDER. Gerenti puas hati, satu badan cantikkk..

- mengecilkan LIANG PORI dan bekas jerawat
- memudarkan PARUT JERAWAT
- MENCERAHKAN kulit
- MENEGANGKAN dan menghilangkan kedutan kulit
- MENEGANGKAN PAYUDARA dan PUNGGUNG
- MELEMBAPKAN kulit kering dan tumit merekah
- menyuburkan RAMBUT, mengurangkan RAMBUT GUGUR
- mengurangkan PIGMENTASI dan JERAGAT
- menyokong kesihatan SENDI DAN TULANG, mengurangkan sakit sendi
* tidak sesuai untuk wanita hamil

Koleksi testimoni Shaklee Collagen Powder:  http://ummuhasanhealth.blogspot.com/2014/09/koleksi-testimoni-shaklee-collagen.html

Sepanjang bulan OKTOBER 2015 ni ada promosi Buy 1 Free 1 untuk Vitamin E! Wow~ Jadi kalau anda nak try Set Asas Kecantikan Kulit, bulan ni memang sangat2 sesuaiii sebab dapat lagi sebotol Vitamin E PERCUMA dan dapat harga diskaun istimewa. Dan kalau daftar ahli, anda dapat harga yg laaaagi murah dan sebotol multivitamin Vitalea PERCUMA! RUGI kalau tak rebut peluang ni.. Semua offer ni untuk sepanjang bulan Oktober je.. bulan lain tak dapat dah harga offer ni.

Jadi tunggu apa lagi? Jika anda berminat utk mencuba Set Kecantikan Kulit Shaklee, sila hubungi saya utk konsultasi terbaik dan harga istimewa :)

Anda mungkin juga berminat:
14 FAEDAH VITAMIN E DALAM BADAN
BAIKI ALAHAN KULIT KETIKA MENGANDUNG DENGAN Vitamin C Sustained Release
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK
KOLEKSI TESTIMONI GLA COMPLEX - Kecantikan kulit, Cyst, Period, Senggugut, Ikhtiar Hamil 


‘Izzati Zahidah Othman
Shaklee ID: 906532
SMS/Whatsapp: 013-5024370
FB: ‘Izzati Zahidah

Tuesday 16 December 2014

4 SUPLEMEN UNTUK MELAWAN DAN MENCEGAH KANSER/KETUMBUHAN


Kebelakangan ni makin ramai rakyat Malaysia yg dilaporkan menghidap kanser. Kanser payudara, serviks, paru-paru, kulit, prostat, hati dan lain-lain. Kita juga mendapat berita beberapa orang artis wanita sedang menghidap kanser payudara. Penyakit kanser tak mengenal usia. Kawan saya yg juga pengedar Shaklee mendapat seorang customer yg menghidap kanser dan masih bayi! Kasihan..



Antara faktor pencetus kanser ialah kehadiran banyak radikal bebas dan bahan pencemar di sekeliling, serta bahan pencemar dalam makanan. Jangan terkejut jika seseorang yg anda kenali rajin mengamalkan sayur-sayuran dan buah-buahan namun mendapat penyakit kanser. Ini kerana sayur dan buah2 sekarang telah banyak dicemari oleh racun serangga dan baja kimia semasa dalam proses penanaman. Hanya sumber makanan yg ditanam atau dibiakkan secara organik saja yg dikatakan bebas dari bahan pencemar ini. Dan bahan makanan organik tentulah lebih mahal harganya dan kurang menjadi pilihan para pengguna yg ingin menjimatkan kos..selain itu faktor persekitaran tempat bekerja juga turut mempengaruhi. Jika anda bekerja dengan dikelilingi bahan bertoksik seperti di KILANG dan LOJI PENAPISAN MINYAK, anda juga berpotensi untuk menghidap kanser.








Jika anda termasuk dalam golongan yg SUDAH atau BERPOTENSI menghidap kanser, anda perlukan ANTIOKSIDAN!

Antioksidan membantu:
- meningkatkan SISTEM KEIMUNAN diri 
- MELAWAN sel2 kanser daripada terus merebak di dalam badan
- MENCEGAH sel kanser daripada tercetus semula selepas rawatan
- MENGEMBALIKAN kesihatan dan fungsi normal sel selepas menjalani rawatan kimoterapi

4 suplemen Shaklee yang dikenali sebagai Set Antioksidan ialah Carotomax, Vitamin C, Vitamin E dan Vivix.

FUNGSI set ini adalah seperti berikut:




CEGAH KANSER SEBELUM TERJADI. Kalau dah jadi beribu-ribu wang terpaksa dikeluarkan utk membuat rawatan, plus kesihatan yg merosot dan tak dapat menikmati hidup berkeluarga seperti biasa.

Hubungi saya di nombor 013-5024370 atau facebook 'Izzati Zahidah untuk mendapatkan Set Antioksidan/Antikanser ini pada harga ISTIMEWA. Set BAJET pun ada.. :) 
Saya menyediakan konsultasi tentang produk yg bersesuaian dan cara penggunaannya.

Anda mungkin juga berminat:
BAGAIMANA SEL KANSER DIHAPUSKAN DENGAN VIVIX
Apa Kata Doktor Tentang RESVERATROL
VITAMIN E DENGAN EKSTRAK BIJI ANGGUR

'Izzati Zahidah Othman
Pengedar Shaklee pilihan anda (ID: 906532)
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah 


Saturday 18 October 2014

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN

Assalamualaikum pembaca semua..
Baru-baru ni saya terbaca satu tips ibubapa di facebook yg ditulis oleh fanpage Warga Prihatin dan dikongsikan semula oleh kawan saya. Saya rasa tips yg diberi itu sangat berguna dan diperlukan oleh ibu bapa zaman sekarang dalam bab mendidik akhlak anak perempuan supaya tidak terikut-ikut dengan gejala keruntuhan akhlak remaja perempuan yang semakin menjadi-jadi sekarang.. Jadi saya copy paste balik di sini supaya mudah dijadikan rujukan buat anda semua. Sila kongsikannya dengan rakan-rakan lain jika anda rasa ia bermanfaat :)
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN

GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.

Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.

Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.

PERANAN BAPA

Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.

Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.

Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.

Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.

LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL

Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.
Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.

Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.

Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.

Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan Bangla atau lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.

KESIMPULAN

Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.

Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.

Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.
Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.

Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.

Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.

Kudap Parenting
WARGA PRIHATIN

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber: Warga Prihatin


'Izzati Zahidah 
Shaklee Independent Distributor
Tel: 013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah







Sunday 5 October 2014

MY FAVOURITE SUPPLEMENT

ESP dan Vitamin E adalah produk Shaklee yang menjadi feveret saya skarang.


 Inilah ESP dan Vitamin E Shaklee

ESP memang sejak mengandung anak pertama lagi dah jadi feveret sebab ia dapat memberi rasa kenyang yang segera. Biasa la, orang mengandung kan cepat rasa lapar. Sampai je waktu minum pagi dan minum petang mesti rasa lapar. Kalau tak cepat makan, perut akan growling dengan macam-macam bunyi sampai masuk angin. Saya pulak ada sejarah gastrik, jd perut yg berbunyi2 ni adalah petanda bahaya. Di waktu2 kritikal tu ESP la penyelamat dari terkena serangan gastrik.. ^ __ ^

Lepas bersalin saya masih continue minum ESP sampai sekarang ni dah ada anak dua orang. Saya biasanya bancuh ESP dengan susu Frisomum Gold, minum waktu pagi sebelum buat sarapan. Waktu awal2 pagi ni la perut sangat kosong sebab dah lama tidur, jadi sangat berpotensi untuk diserang gastrik. Lepas minum ESP ni terus hilang lapar dan rasa bertenaga, semangat nak buat kerja. Bagi seorang surirumah yang ada anak kecil, waktu pagilah waktu yang paling sibuk sekali sebab nak sediakan makanan, susu anak2, sediakan air mandi anak, kemas2 rumah, bagi anak makan.. biasanya pukul 11 pagi baru siap semua rutin pagi. Lepas tu baru boleh sarapan.. Selain itu, yang BESTNYER TENTANG ESP ni, kulit jadi lebih GEBU dan cantik. Lebih lembut disentuh. Malah kesan STRETCHMARK pun makin pudar! Selain tu ia jadi penambah TENAGA di saat kepenatan menguruskan anak2 dan kerja rumah. Kadang2 anak meragam, lambat makan tengahari, jadi minum ESP dulu buat alas perut.. Oh ye, satu lagi, MILKBOOSTER utk saya yang menyusukan anak.

Vitamin E pulak.. sebenarnya memang dah laaaaama 'mengidam' nak beli Vitamin E ni sebab tengok pada fungsi-fungsinya memang menarik! Untuk kulit cantik, rendahkan kolestrol dan membantu hubungan suami isteri. Tapi hanya beberapa bulan lepas baru ada rezeki dapat beli, alhamdulillah..

Dalam 2 bulan kot lepas amalkan makan Vitamin E di samping ESP dan Set Menyusu Shaklee, saya dapati kesan STRETCHMARK hampir HILANG! Wow~ best sangat!! Wanita lepas bersalin tau la betapa besar maknanya dapat hilangkan stretchmark ni..it affects your confidence level, u know.....

Selain tu ade satu lagi kesan besarr sejak ambil Vitamin E ni. Sesuai dengan nama jolokannya VITAMIN CINTA utk suami isteri...ehem2... yg ni nak cerita lebih2 kena bisik2 kat belakang. Tak boleh citer kat sini.. Pendek kata tak ada lagi masalah DINGIN lepas bersalin. Dan utk isteri yg ada masalah 'lambat panas enjin' tu.. Vitamin E ni boleh selesaikan masalah anda, insyaAllah...

Nak cuba ESP dan Vitamin E jugak?
Hubungi saya melalui sms/whatsapp/FB untuk mendapatkan harga istimewa dan konsultasi terbaik :)
 


Anda mungkin juga berminat:
Tips Merawat 'KEDINGINAN' Selepas Bersalin
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK
SET VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

'Izzati Zahidah
Pengedar Shaklee Anda
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

Friday 26 September 2014

Tips Merawat 'KEDINGINAN' Terhadap Hubungan Intim Selepas Bersalin

Semasa saya nak tulis entry kali ni, rasa ragu-ragu sikit, terfikir-fikir, macamana nak tulis ni.. sebab topik kali ni 18SX, dan khas untuk kaum wanita.. kalau tak cerita, kesian pulak pada wanita2 lain yang mungkin ada masalah ni. Tapi nak cerita pun kena berlapik jugak sebab topik yg agak sensitif. Jadi saya cuba tulis dalam ayat yg sederhana, harapnya pembaca boleh faham apa yg nak disampaikan :)

Sebenarnya, ramai wanita baru bersalin (selepas habis pantang) mengalami masalah 'kedinginan' atau kurang mood untuk 'bersama' suami. Hal ini adalah normal disebabkan faktor2 berikut:

1. Hormon penyusuan (prolaktin) yg tinggi selepas bersalin menyebabkan penurunan paras hormon yg berkaitan dgn hubungan seksual.
2. Keletihan menguruskan anak kecil dan rumahtangga.
3. Stress kerana terlalu letih. Stress dan letih ni macam adik beradik. Bila letih cepat stress. Bila stress cepat letih.
4. Trauma akibat komplikasi yang berlaku semasa bersalin atau kesan episiotomi..


Wanita selepas pantang selalunya lebih memberi tumpuan kepada bayi berbanding suami (gambar hiasan)

Setelah melalui pengalaman dua kali bersalin, kini saya telah menemui 'ubat' bagi merawat masalah 'kedinginan' selepas bersalin. 'Ubat' itu ialah VITAMIN E Shaklee :)

Saya mula mengambil Vitamin E Shaklee sejak bulan lepas (Ogos 2014). Sebenarnya amik untuk kecantikan kulit dan hilangkan stretchmark. Tapi at the same time saya tahu yang Vitamin E ni juga dipanggil VITAMIN CINTA kerana mampu 'menghangatkan' hubungan suami isteri. Selepas seminggu lebih kot, memang terasa perbezaan. Tiada lagi masalah 'dingin'.



Vitamin E Shaklee

Secara umumnya boleh dikatakan, mood untuk bersama suami tu maintain je.. Selalunya kalau dah penat seharian menguruskan anak2 dan rumahtangga kita akan rasa kurang mood kan. Tapi bila amalkan Vitamin E ni, NO PROBLEM. Walaupun kadang2 ada selisih faham dgn suami, mood untuk itu still ok.. Macam tu lah.. nak cerita detail sangat pun tak boleh. Faham2 sendiri la ye.. ;)

Jadi bagi para wanita yg ada masalah 'lambat panas enjin', takut, atau sakit ketika 'bersama' suami, Vitamin E Shaklee sangat sesuai untuk anda. InsyaAllah :)

Selain itu, faedah Vitamin E ini juga dapat MENCANTIKKAN dan MENCERAHKAN kulit, memudarkan parut dan STRETCHMARK, mengurangkan JERAWAT dan mengurangkan KEDUTAN kulit. Haa.. pakej AWET MUDA gitu.. siapa tak nak, kan.. 

Ok, sebagai tambahan, berikut ialah testimoni seorang lagi pengguna yang dah merasa kesan Vitamin E Shaklee ni:



Amacam? Nak cuba Vitamin E Shaklee?
Mudah saja, order melalui link di bawah atau sms/whatsapp saya untuk mendapatkan harga istimewa dan konsultasi lanjut :)

Order:https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8c2b7c5f9176bd359d4d42f4e9f9f15d

Anda mungkin juga berminat:
Tips Menghangatkan Hubungan Suami Isteri
Kebaikan VITAMIN E untuk Hubungan INTIM SUAMI ISTERI
Alhamdulillah Masalah Kepenatan Melampau Telah Diatasi Dengan Set Menyusu Shaklee

'Izzati Zahidah
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 906532
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

IKHTIAR UNTUK HAMIL

Alhamdulillah, semalam dapat tau seorang kawan telah hamil setelah berusaha dgn mengambil Set Kesuburan Shaklee. Mula hamil setelah 7 bulan berkahwin dan sekarang usia kandungan dah 3 bulan. Alhamdulillah, tumpang gembira utk mereka :)

Sebenarnya, Set Kesuburan Shaklee hanya berfungsi utk meningkatkan kesihatan sistem peranakan suami isteri. Namun harus diingat bahawa yg memberi rezeki anak itu ialah Allah S.W.T...

Anak ialah soal rezeki. Kadang2 Allah mahu kita berusaha dahulu sebelum Dia berikan sesuatu rezeki. Dan ada kalanya Dia memberi rezeki kpd hambaNya tanpa usaha. Semuanya berlaku dengan kehendakNya. Mungkin Allah mengehendaki begini:

"Kau, Aku berikan kau anak cepat"

"Kau, Aku berikan kau anak selepas kau mula berusaha"

"Kau, Aku berikan kau anak selepas kau dah habis daya usaha"

"Kau, Aku tangguhkan pemberian anak kepada kau sehingga ke suatu masa"

"Kau, Aku akan beri anak setelah kau persiapkan diri utk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa"

"Kau, Aku takkan berikan anak kerana Aku nak berikan rezeki lain yg lebih baik"

Sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik utk hambaNya. Bagi yg masih belum diberi rezeki anak, usah gusar.. Hargailah masa tambahan yg Allah berikan utk berdua-duaan dgn pasangan. Bersyukurlah dgn nikmat2 lain yg Allah telah berikan kpd kita, bersyukur dulu, nanti Allah akan tambahkan nikmatNya. Teruskan berdoa dan berusaha. Memberi rezeki adalah hak Allah. Namun kita sebagai hamba dianjurkan utk berusaha jika mahukan sesuatu sebelum bertawakkal kepadaNya. Wallahua'lam.

Set Kesuburan Shaklee:klik sini

'Izzati Zahidah
013-5024370
Shaklee ID: 906532
FB: 'Izzati Zahidah
Email: zahidah89@gmail.com

Friday 19 September 2014

Resepi Puding Roti Kukus dengan Sos Kastard

Alhamdulillah, beberapa hari lepas berjaya buat puding roti kukus ni untuk minum petang. Thanks to Nurulhuda Mustapakamal sebab share resepi ni :)
Mesti ramai yang nak try buat jugak kan. jadi di sini saya kongsikan semula resepinya..




* PUDING ROTI KUKUS*

BAHAN-BAHAN :-

5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh )
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair (atau fresh milk dengan kuantiti yg sama)
2 sudu butter
Kismis (1 kotak kecil)

CARA- CARANYA :-

1. Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata /kembang (nak guna blender pun boleh)
2. masukkan susu cair (atau fresh milk) kacau sekata, biarkan sebentar.
3. Ambil roti, sapukan butter di salah satu permukaan (kalau nak carik-carikkan pun boleh) susun dalam loyang comel-comel.
4. Tuang adunan telur tadi ke atas roti dalam loyang
5. Tabur kismis di atas roti. Nak letak di antara lapisan2 roti pun boleh.
6. Kukus selama 20-25 minit.

*SOS KASTARD*

BAHAN-BAHAN :-

2 sudu besar tepung kastard (hati2 jangan terlalu banyak utk elakkan kuah jadi beku)
2 1/2 sudu besar gula
1 tin susu cair (atau fresh milk dengan kuantiti yg sama)
1 sudu kecik esen vanila

CARA-CARA :-
1. Masukkan semua bahan kecuali tepung kastard ke dalam periuk/kuali, masak atas api perlahan.
2. Masukkan tepung kastard sambil kacau. Pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul, sampai kuah mula mendidih. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Anda mungkin juga berminat:
Cara Saya Hilangkan Stretchmark
Tips Surirumah dan Ibu Menyusu LEBIH BERTENAGA Sepanjang Hari
Pengalaman Bersalin Anak Pertama dengan Kaedah HYPNOBIRTHING
Kebaikan VITAMIN E untuk Hubungan INTIM SUAMI ISTERI

'Izzati Zahidah
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah