Wednesday 24 June 2015

BAHAYA DEHIDRASI (DEHYDRATION) KEPADA WANITA HAMIL

Dehidrasi ialah masalah KEKURANGAN AIR yg banyak dari tubuh. Dehidrasi bukanlah masalah ringan jika berlaku kepad wanita HAMIL. Ia boleh MEMBAHAYAKAN kesihatan dan NYAWA bayi dalam kandungan.

PUNCA dehidrasi pada wanita hamil:
- banyak muntah (morning sickness)
- kurang minum air (termasuklah puasa)
- selalu bekerja dalam cuaca panas dan kering
- terlalu aktif bergerak tapi kurang minum air

AKIBAT dehidrasi pada wanita hamil:
- CONTRACTION dalam rahim
- Air KETUBAN KURANG (risiko kecacatan fizikal bayi, keguguran atau bayi LEMAS)
- risiko bayi lahir pramatang
- hati dan ginjal tak dapat menjalankan fungsi dgn baik


TANDA-TANDA dehidrasi:
- HAUS yg amat
- bibir kering
- kurang kencing, kencing pekat
- cepat penat
- pening/mengantuk
- sembelit

CARA MENGATASI DEHIDRASI:
- minum banyak air kosong atau jus buah-buahan
- minum sebelum haus
- masukkan air ke dalam badan melalui IV drip (jika keadaan terlalu serius)
- elakkan aktiviti outdoor dlm cuaca panas
- elakkan minuman berkafein

Namun, sesetengah ibu tak dapat elakkan berada di luar bangunan ketika cuaca panas disebabkan oleh tuntutan KERJA. Keadaan diburukkan lagi jika udara berjerebu. Bagi yang bekerja di dalam pejabat pula, kadangkala kesibukan tugas menyukarkan kita untuk minum air dengan kerap. Selain itu, kalau si ibu tengah berpuasa, ibu tak bolehlah minum air sesuka hati kan.. 

Oleh itu, utk mengelakkan dehidrasi kepada ibu2 hamil atau menyusu yang berada dalam keadaan berisiko untuk mendapat masalah ini, saya sangat2 mencadangkan ibu2 minum PERFORMANCE DRINK Shaklee. Minuman ini sesuai diambil ketika sarapan pagi atau sahur untuk menjaga kuantiti air dalam badan ibu ketika sibuk bekerja sepanjang hari.

Performance Drink Shaklee

Performance Drink ialah minuman ISOTONIK TANPA GAS yg dihasilkan oleh Shaklee utk memberikan PENGHIDRATAN dan mengurangkan kehilangan air dari badan. Ia memelihara keseimbangan  elektrolit dan kandungan air dalam badan, serta mengandungi campuran karbohidrat yg mampu membekalkan tenaga segera. Performance Drink sangat membantu terutamanya ibu2 hamil utk kekal sihat, elakkan dehidrasi dan lebih bertenaga ketika bekerja, puasa dan selepas berbuka. Untuk ibu2 menyusu pula ia dapat membantu mengelakkan susu kering akibat dehidrasi atau puasa. 

Kebaikan Performance Drink:
√ mengurangkan kehilangan air dari badan
√ meningkatkan HIDRASI
√ memelihara tahap gula dalam darah
√ membekalkan TENAGA segera dan berpanjangan
√ mengelakkan HAUS yg keterlaluan

Berminat mencuba Performance Drink?
Contact me now.
'Izzati Zahidah Othman
Pengedar Shaklee Pilihan Anda
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

Friday 12 June 2015

Kebaikan VITAMIN E untuk Hubungan INTIM SUAMI ISTERI

Saya teringat suatu rancangan di TV al-Hijrah pada tahun lepas yg bertajuk Khawater. Rancangan ini selalu membincangkan isu semasa umat Islam di zaman ini dan kadang-kala membuat perbandingan sistem yg ada di negara Islam dengan negara bukan Islam. Suatu hari ketika membincangkan topik kepentingan pendidikan seksual kpd anak yg bakal berkahwin, hos rancangan tersebut ada menyebut, hubungan seksual antara suami isteri adalah elemen yg sangat penting dalam sebuah rumahtangga. Kerap kali kes pasangan bercerai kerana sebab yg remeh-temeh, namun apabila diselidik dgn mendalam, punca utamanya ialah masalah di bilik tidur. Apabila hubungan seksual bermasalah, segala kesalahan2 kecil yg lain akan nampak besar sangat. Tapi jika hubungan seksual baik, ia mampu menutup segala kesalahan2 kecil yg lain...

Ok, itu sekadar intro kenapa saya ingin menulis entry kali ni. Menyedari bahawa hubungan seksual ialah isu sensitif dalam masyarakat Islam dan jarang dibincangkan secara terbuka, sebarang masalah berkaitan hubungan intim suami isteri selalu sahaja disenyapkan kerana rasa malu untuk bertanya secara terbuka dan mencari penyelesaian. Sedangkan isu hubungan intim mempunyai pengaruh yg besar dalam keharmonian rumahtangga. Terima kasih kepada kemajuan teknologi dan internet hari ini, kini anda boleh mendapatkan penyelesaian masalah ini di sini :) 

Saya tahu ramai pasangan suami isteri yg mengalami masalah merasakan hubungan intim semakin HAMBAR. Jangan terkejut jika saya katakan pasangan yang belum begitu lama berkahwin pun BOLEH mengalami masalah hubungan intim yg hambar atas beberapa faktor. Faktor utama ialah KEPENATAN dan STRESS. Penat dan stress dgn masalah kerja, urusan rumahtangga dan urusan anak-anak. Ini menyebabkan performance suami isteri menurun ketika hubungan intim. Selain itu, isteri yg BARU BERSALIN juga biasanya akan kurang berminat dgn hubungan intim kerana hormon penyusuan (prolaktin) yg tinggi telah menyebabkan pengurangan hormon seksual di dalam badan isteri.

Bagi MENGHANGATKAN semula hubungan intim suami isteri, saya mencadangkan agar suami isteri mengambil Vitamin E Shaklee. Selain untuk kecantikan kulit, Vitamin E sangat POWERFUL dalam meningkatkan keupayaan seksual suami isteri :)


Vitamin E Shaklee

Jika para SUAMI konsisten mengambil sebiji Vitamin E Shaklee setiap hari, anda dapat:
- TENAGA yg lebih ketika hubungan intim
- tempoh ereksi LEBIH LAMA
- RANGSANGAN yg lebih kuat
- meningkatkan kuantiti & kualiti air mani
- menyihatkan kulit, memulihkan kesan 'sunburn'

Bagi para ISTERI, pengambilan Vitamin E Shaklee setiap hari dapat:
- meningkatkan TENAGA ketika hubungan intim
- lebih MUDAH TERANGSANG
- menstabilkan semula hormon seks dan kewanitaan selepas bersalin
- merawat masalah 'dingin' atau 'kering' ketika hubungan intim
- MENEGANGKAN payudara
- meMERAHkan puting payudara
- BONUS! kulit seluruh badan cantik dan cerah
- memulihkan kesan 'sunburn' - menghilangkan kedutan dan jeragat (AWET MUDA)
- menghilangkan/memudarkan parut dan stretchmark

TESTIMONI KESAN VITAMIN E TERHADAP HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTER



Berminat mencuba Vitamin E Shaklee?

Keistimewaan Vitamin E Shaklee:
- mengandungi 400 IU Vitamin E dan Selenium semulajadi utk membantu penyerapan vitamin E dalam badan
- diperbuat daripada minyak soya organik, minyak biji gandum dan minyak biji anggur utk memberi kesan anti-oksidan yg tinggi
- anti-kanser, sesuai utk mereka yg bekerja di persekitaran yg bertoksik dan terdedah kepada radiasi dan sinaran UV yg tinggi.
- membaiki tekstur dan ton kulit
- memelihara keanjalan arteri dan kesihatan jantung
- mengelakkan kejadian darah beku punca strok
- merendahkan kolesterol
- menguatkan sistem keimunan 
- mempercepatkan baik pulih luka

Hubungi saya sekarang utk mendapatkan Vitamin E dengan harga istimewa!

Anda mungkin juga berminat:
Tips MENGHANGATKAN Hubungan Intim Suami Isteri
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK
TIPS PUASA BERTENAGA UNTUK IBU MENYUSU
Alhamdulillah, Masalah KEPENATAN MELAMPAU Telah Diatasi dengan Set Menyusu

'Izzati Zahidah Othman
Pengedar Shaklee Pilihan Anda (ID: 906532)
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

Thursday 11 June 2015

Pengalaman Bersalin Natural dan Mudah untuk Anak Kedua


Assalamualaikum.

Tempoh hari saya telah kongsikan pengalaman bersalin anak pertama saya dengan kaedah Hypnobirthing. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman bersalin anak kedua pula, Muhammad Yusuf bin Mohamad Zulfadhli. Berlainan dari kisah bersalin yg pertama, proses bersalin kali ini berlaku dengan sangat pantas. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar dan selamat..

Yang saya masih ingat, pada hari Selasa (11 Mac 2014) saya datang darah tanda bersalin (blood show), tapi tak ada contraction. So, tunggu je lah contraction datang sambil kemas2 rumah. Barang yang nak dibawa ke hospital pun langsung tak kemas lagi. Huhu.. tunggu, tunggu, tapi tak ada juga contraction yang jelas sampai hari Jumaat. Cuma saya ada terasa 1 kali contraction pada hari Rabu dan 1 kali pada hari Khamis. Hairan jugak, kali ni tak macam masa bersalin anak pertama dulu yang contraction datang sikit2 sepanjang hari.

Kemudian, pagi Jumaat pukul 9 pagi tiba2 rasa ada contraction yang kuat. Tak macam masa anak pertama dulu yang bermula dengan contraction yang perlahan. Saya cuba gunakan teknik deep breathing tapi tak berjaya. Dalam hati cakap, "Lain macam kuat ni". Kuatnya macam dah masuk fasa penghujung yang dah hampir nak bersalin. Jadi saya terus call suami suruh balik cepat. Sempat lagi suruh dia beli breakfast sebab pagi tu tak ada makanan di rumah. Perut kosong takut takda tenaga nak meneran nanti. Mujur nenek suami datang bawakan cucur goreng. Sambil tunggu tu saya bagi Hasan (anak pertama) makan cucur. Saya sempat makan 2-3 ketul cucur dan sebiji kurma je pagi tu. Saya tutup kipas rumah sebab rasa sejuk. 

Saya check tempoh antara dua contraction, 10 minit. Kemudian nenek dan mak saudara suami datang untuk jagakan Hasan. Bila dah tak tahan dengan contraction yg semakin kerap, saya masuk bilik, melutut, susun 4 biji bantal dan sembamkn badan atas bantal tu sambil cuba bertenang dan kawal emosi. Tarik nafas dalam2 masa contraction datang. Pukul 10 pagi suami sampai rumah. Tak beli sarapan pun sebab takut tak sempat. Saya minta suami pakaikan stokin sebab kaki sejuk sangat. 10.15 pagi bertolak ke hospital.

Dalam kereta, setiap kali contraction saya tarik nafas dalam2 tapi agak susah sebab dah masuk fasa contraction yg kuat. Kemudian saya teringat teknik Vocalization yg saya baru belajar dari kumpulan gentle birth. Bila tarik nafas tak cukup panjang, saya hembus nafas sambil sebut "Aaaaaaa" (dengan suara yg tenang) sampai contraction berhenti. Alhamdulillah, berjaya kurangkan sakit contraction..Dan setiap kali contraction tu saya paksa mulut utk senyum. Sebab ekspresi muka yg senyum akan mempengaruhi minda dan emosi kita utk sentiasa positif dan elakkan stress.


Sumber: internet

Pukul 10.45 pagi sampai di Pusat Bersalin Barakah. Mulanya suami suruh tunggu dia ambil kerusi roda sebab saya macam dah tak larat nak jalan. Tapi lepas tunggu sekejap kat tepi kereta, bongkok badan, tangan letak atas kerusi kereta, ambil nafas, gerak2 dan betulkan punggung sikit, lepas tu rasa dah boleh berdiri dan decide untuk jalan je ke pintu hospital. Saya nak ambil beg kat belakang tapi suami cakap tak payah. Masa berjalan tu tak rasa sakit sangat dah. Di depan pintu hospital nurse dah tunggu dengan kerusi roda. Saya cakap takpe, nak jalan je. Tapi nurse cakap "Takpe kak, akak duduk je.. Jangan gagah sangat kak.." Haha... diorang yg kalut lebih. Saya pun duduk la..

Nurse terus bawa saya masuk labor room, tak singgah wad dulu pun. Kt LR tempat sandar katil dah ditinggikan sikit. Ok la sebab saya tak nak baring flat. Nurse bantu saya naik atas katil dan sibuk2 sediakan peralatan dalam LR. Saya tak bagi nurse buka aircond sebab kaki rasa sejuk sangat, takut cramp. Kemudian nurse check bukaan. Dah 8 cm! Haha.. patut la sakit semacam.. Suami pula kelam kabut uruskan pendaftaran dan amik baju baby. Lepas tu doktor datang dan check bukaan lagi, kemudian cakap nak pecahkan ketuban. Saya cakap tak nak, nak tunggu pecah sendiri. Nampaknya doktor dah lupa perbincangan birth plan saya hari tu, saya minta nak biar ketuban pecah sendiri. Mestilah dia lupa, dia kan ramai pesakit. Sebenarnya kertas birth plan tu ada dalam buku rekod saya kat klinik tu, tapi nurse cari lama betul baru nak jumpa. Nurse pun, time2 ni la tak jumpa buku rekod saya.. menyesal pulak tinggal beg dalam kereta tadi sebab dalam tu ada salinan birth plan tu.. Takpe lah, pasrah je, bertenang, cool.. fokus pada pernafasan dan vocalization.. Ignore everything else..

Doktor kata kalau rasa nak buang air besar nanti panggil dia. Sementara tunggu waktu meneran tu doktor dan nurse keluar dulu. Tinggal saya ditemani suami je. Ulang2 kali tarik nafas dan vocalization everytime contraction datang sambil zikir2 dalam hati, sampai kering bibir. Setiap kali contraction saya bayangkan kelopak bunga rose sedang terbuka sedikit demi sedikit (analogi bagi laluan bersalin yg sedang membuka). Dalam hati fikir "Bila nak rasa nak meneran ni. Lama pulak nak tunggu.." Sebab makin lama rasa makin penat.


Credit photo to Pn. Hayati Muzaffar.

At last dah rasa nak meneran, panggil doktor dan nurse untuk ready, dan mula push. Push dengan sabar dan bersemangat. Kali ni dapat push dengan lebih baik dari dulu, tutup mulut dan tak bersuara. Tapi kadang2 terlupa, keluar suara juga. Lepas tu bila teringat cepat2 tahan suara. Banyak kali jugak push, tahan suara sampai kembung2 pipi nak teran. Haha.. Then tiba-tiba kaki kiri saya cramp. Nasib baik masa tu takda contraction, nurse pun tolong urut2 sikit sampai hilang cramp. Lepas tu teran lagi. Untuk push yg terakhir, nurse suruh saya pegang pergelangan kaki. Tapi tangan saya tak sampai. Of course la tak sampai, dengan perut yg besar macam tu kan.. Jadi suami saya dan seorang nurse tolong tolak badan saya ke arah lutut, saya pegang pergelangan kaki dan teran dengan sekuat hati (sambil membayangkan badan baby sedang bergerak di dalam terowong yg gelap ke arah pintu yg bercahaya). Dan berjaya, pukul 12.05 tengahari baby 3.1kg keluar, dan doktor terus letakkan dia di atas badan saya :)

Muhammad Yusuf bin Mohamad Zulfadhli, fresh from the womb :)

Alhamdulillah.. masa tu rasa takjub sangat sebab dapat pegang baby yg masih basah. Baby berhenti menangis bila saya pegang dia :) Dalam hati kata, "Bulatnya kepala kamu.." Hihi.. Berjaya dapatkan skin to skin agak lama sebab nak tunggu tali pusat berhenti berdenyut sebelum potong tali pusat. Doktor siap suruh suami saya potong tali pusat tu. Suami pun potong la.. pastu baby terberak atas badan saya dan nurse pun ambil untuk cuci baby.

Doktor cucuk ubat dan keluarkan uri. Kemudian doktor cakap luka 1st degree. Alhamdulillah, luka kecil (this time natural tear, no episiotomi). Doktor cucuk bius dan jahit luka. Dah siap, masuk wad. Suami keluar sekejap untuk solat Jumaat di masjid. Kali ni rasa lebih gembira sebab saya masih bertenaga lepas bersalin, dan saya boleh stay dalam wad sampai tengahari esok. Jadi lama la boleh rehat dalam wad. Pesakit pun ada 2 orang je dalam wad termasuk saya. Kalau dulu dapat rehat kejap je, pukul 12malam bersalin, pukul 11pagi dah kena balik.. Jadi selama 24 jam di situ sy baring dan duduk je. Kali ni suami tak dapat temankan saya di wad sebab nak temankan anak sulung di rumah. Tapi takda masalah kerana semua nurse di situ sangat helpfull. Makanan diberi 6 kali sehari. Memang rehat betul la. Hehe.. esok pukul 12 tengahari discharge. 


Makanan utama di sini (bubur ayam) menunjukkan keprihatinan kakitangan di sini terhadap keperluan wanita lepas bersalin. Orang baru lepas bersalin perlu makan yg lembut2 je supaya tak sembelit :) (Foto dari sumber internet)

Disebabkan tiada episiotomi kali ini, luka saya cepat sembuh, lepas seminggu bersalin badan rasa macam dah sihat walaupun masa tu belum mula ambil Set Berpantang Shaklee. Masa berpantang anak pertama dulu sebulan rasa sakit2 badan dan tak boleh duduk dgn selesa disebabkan kesan episiotomi tu. Jadi berpantang kali ni dilalui dgn lebih ceria dan gembira :) Alhamdulillah... 

Persediaan Bersalin

Berbeza dengan sewaktu mengandung anak pertama dulu, ketika mengandung anak kedua ni saya tak sempat buat persiapan langsung. Hanya berbekalkan ilmu yg dipelajari semasa mengandung anak pertama, itupun ingat2 lupa.. tak sempat berlatih deep breathing dan tak sempat dengar Birth Affirmations dengan tenang. Mengandung sambil jaga dan menyusukan anak kecil sungguh memenatkan. Masa tu Hasan belum faham apa2, masih manja, selalu nak dukung. Bayangkanlah mengandung sambil dukung budak 10 kg ke sana sini, sambil buat kerja rumah dan buat bisnes Shaklee. Memang tiada masa untuk rehat dan rileks. Sebab tu la saya tak berjaya lakukan deep breathing semasa contraction datang, sebab tak cukup latihan. Tapi nasib baik saya sempat belajar teknik vocalization untuk cover semasa contraction yg panjang. 

Dari segi persediaan fizikal, alhamdulillah segala penat lelah ketika menguruskan anak dan buat kerja rumah telah membantu menyediakan fizikal saya utk menghadapi proses bersalin. Kalau ikutkan dalam teknik gentle & natural birth, si ibu perlu banyakkan senaman yg melibatkan bahagian punggung dan ke bawah bagi membesarkan bukaan tulang pinggul supaya bayi mudah keluar semasa bersalin. Contoh senaman yg boleh dilakukan ialah duduk bergelek di atas gym ball, banyakkan berjalan dan  banyakkan mencangkung. Untuk situasi saya, saya memang perlu banyak bangun-duduk setiap hari semasa nak mandikan, tukar pampers, dan entertain anak. Hasan masa tu umur setahun lebih, dah mula panjang akal. Nak makan suap sendiri, tapi makannya separuh je, separuh lagi dia akan tabur-taburkan di sekelilingnya. Jadi setiap hari saya perlu lap lantai bekas nasi tu. Cuba bayangkan scene cerita Cinderella yg tengah mengelap lantai dengan tangan, macam tu lah yg saya buat setiap hari, dengan perut yg besar tu. huhu... Selain itu, di laluan ke dapur rumah saya dah dipasang pagar utk mengelakkan Hasan masuk ke dapur, dan setiap hari saya perlu melangkah pagar tersebut tak kurang dari 20 kali. Jadi aktiviti fizikal dalam rumah saja pun dah cukup sebagai senaman utk saya setiap hari. ^ ^"

Dari segi pemakanan, selain ambil Set Mengandung Shaklee, saya juga amalkan minum minyak kelapa dara (Virgin coconut oil) setiap hari mulai minggu 35 ke atas. Tujuannya utk mengelakkan koyak besar dan melicinkan proses meneran. Selain itu saya amalkan makan banyak kurma setelah masuk 3rd trimester. Antara kebaikan kurma ialah memudahkan proses bersalin, membekalkan zat besi dan tenaga, serta mengelakkan pendarahan (bleeding) ketika bersalin.

Mengandung kali ini saya lakukan lebih banyak persediaan rohani. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya menyertai kumpulan bisnes Shaklee yg sangat mementingkan penjagaan ibadah. Mentor2 Shaklee saya sangat menekankan penjagaan solat, solat sunat, zikir dan membaca al-Quran setiap hari. Saya cuba amalkan selagi mampu utk membina kekuatan jiwa. Mereka juga mengajar supaya menyebut dengan SPESIFIK apa yg kita mahukan dalam doa. Jangan ragu2 terhadap kemampuan Allah S.W.T. utk memberi apa yg kita inginkan. 

Menyedari bahawa saya tiada kesempatan utk berlatih deep breathing dan dengar Birth Affirmations, hanya tinggal berdoa saja usaha yg boleh saya lakukan. Saya sedar walau setinggi mana ilmu saya dan setinggi mana pun kemahiran doktor yg menguruskan, itu tidak akan menjamin bahawa saya akan terselamat dari sebarang komplikasi ketika bersalin. HANYA ALLAH yg berkuasa menentukan proses bersalin itu akan berjalan dengan lancar dan selamat. Jadi saya perlu berdoa bersungguh-sungguh di samping melakukan usaha2 lain. Semakin mendekati hujung kehamilan, saya banyakkan lagi berdoa dengan spesifik, minta Allah permudahkan urusan saya utk bersalin dengan tenang, normal dan selamat, dan minta Allah hantarkan orang yg baik2 utk menguruskan proses bersalin saya. Setiap hari saya ulang doa yg sama, hampir setiap kali lepas solat jika berkesempatan saya akan baca doa ini, terutamanya lepas solat Dhuha. Berdoa ketika waktu dhuha sangat memberi ketenangan jiwa dan menguatkan keyakinan saya terhadap bantuan Allah S.W.T. Alhamdulillah, Allah benar2 telah memberikan proses bersalin yg mudah dan cepat kepada saya. Maha Suci Allah, Allah Maha Pemurah dan Maha Pemberi Pertolongan.. :)

Penutup

Kunci utama utk mendapatkan proses bersalin yg lancar ialah persediaan fizikal, keyakinan sepenuhnya terhadap Allah, bersangka baik terhadap pertolongan Allah, have full control of your mind during birth, serta JANGAN STRESS dan JANGAN TAKUT untuk bersalin. Semakin anda tenang dan tidak takut, semakin mudah badan anda bekerja secara harmoni utk melahirkan bayi anda. InsyaAllah... Jadi diharap secebis perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada ibu2 yg bakal bersalin di luar sana. Manfaatkanlah segala tips yg saya kongsikan di sini bagi membantu anda mendapatkan proses bersalin yg anda inginkan. Sila kongsikan juga cerita ini dengan kawan2 lain ye :)


'Surge' ialah kata ganti bagi 'contraction'. (Kredit foto: Pn. Hayati Muzaffar)

Kredit foto: Pn. Hayati Muzaffar

***

Anda mungkin juga berminat:
Pengalaman Bersalin Anak Pertama dengan Kaedah HYPNOBIRTHING
PENGALAMAN GENTLE BIRTH ANAK KEEMPAT
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK
SET VITAMIN UNTUK WANITA HAMIL
Tips Merawat 'KEDINGINAN' Terhadap Hubungan Intim Selepas Bersalin

'Izzati Zahidah
Pengedar Shaklee Anda
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

Saturday 6 June 2015

'UBAT' SHAKLEE TAK DIIKTIRAF KERAJAAN?

Semalam seorang customer sy menyatakan kerisauan nak ambil vitamin Set Mengandung Shaklee, sebab kawannya yg bekerja dalam bidang perubatan kata, 'ubat' Shaklee tak diiktiraf kerajaan. Jadi ianya tak dijamin selamat. Doktor hanya akan ambil ubat dari farmasi2 yg diiktiraf oleh kerajaan saja.

Hihi... nampaknya kawannya dah salah faham dan kurang info tentang vitamin Shaklee. Jika anda juga mempunyai keraguan yg sama, mari saya betulkan persepsi anda 
smile emoticon

1. Semua produk Shaklee telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sila rujuk foto di bawah, terdapat pelekat hologram pada sudut atas botol itu. Pelekat itu ialah pelekat dari KKM, tanda ia telah mendapat kelulusan KKM. Jadi produk Shaklee dijamin SELAMAT kerana KKM akan memastikan produk yg diluluskan tidak mengandungi bahan2 yg membahayakan kesihatan manusia.
Pelekat hologram KKM di atas botol vitamin Shaklee

2. Shaklee TIDAK menjual 'ubat' (drugs/medicine), shaklee hanya menjual produk makanan tambahan (food supplement) yg mengandungi vitamin, zat dan mineral yg diambil dari sumber alam semulajadi. Manakala syarikat farmasi pula menghasilkan ubat dan suplemen sintetik yg berasaskn bahan kimia. Jadi memang penting utk memastikan syarikat farmasi ini sudah berdaftar dan dipantau oleh agensi kerajaan.

3. MENGANDUNG bukanlah sejenis penyakit, ia adalah satu proses hidup yg normal bagi manusia utk menambahkan zuriat. Jadi ibu mengandung yg tiada penyakit TAK PERLUKAN UBAT, ibu mengandung hanya perlukan VITAMIN DAN ZAT MINERAL tambahan bagi menampung keperluan badan dan bayi dalam kandungan. Oleh sebab itu para doktor perbidanan selalu membekalkan beberapa jenis vitamin (asid folik, Vitamin b-complex, Obimin) kepada ibu hamil bagi mengelakkan kekurangan vitamin2 yg penting ini dalam diet seharian mereka. Cuma BEZA antara vitamin doktor dan vitamin Shaklee ialah, vitamin doktor adalah vitamin SINTETIK yg diperbuat daripada bahan kimia, manakala vitamin Shaklee diperbuat daripada bahan2 NATURAL.
Penerangan lengkap tentang KEBAIKAN vitamin natural berbanding vitamin sintetik di sini: Vitamin Sintetik VS Vitamin Natural 

4. Dah beribu2 wanita hamil ambil Set Mengandung Shaklee, alhamdulillah tiada masalah dgn kandungan mereka, baby yg lahir pun sihat cukup zat, daya keimunan tinggi, otak cerdas. Sy pun dah ambil Set Mengandung Shaklee sepanjang 2 kali pregnant, setiap kali jumpa doktor baru, saya akan tunjukkan botol2 vitamin Shaklee yg saya ambil. Semua doktor yg cek-up sy semua approve utk sy ambil vitamin Shaklee, doktor ckp tak payah ambil vitamin atau obimin yg selalu diberi oleh klinik kepada ibu2 hamil tu. ðŸ˜Š

Jadi anda tak perlu risau atau ragu2 mengambil vitamin Shaklee, sbb produk Shaklee dah bertahan di dunia selama 50 tahun, memang jenama yg dipercayai baik dan SELAMAT smile emoticon Dan satu lagi, semua produk Shaklee disahkan HALAL oleh badan Islam yg diiktiraf oleh JAKIM.

Ada special offer utk Set Mengandung Shaklee bulan ni. Berminat? Contact saya smile emoticon

Anda mungkin juga berminat:
Pengedar Shaklee Anda
013-5024370
ummuhasanhealth.blogspot.com