Thursday 11 June 2015

Pengalaman Bersalin Natural dan Mudah untuk Anak Kedua


Assalamualaikum.

Tempoh hari saya telah kongsikan pengalaman bersalin anak pertama saya dengan kaedah Hypnobirthing. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman bersalin anak kedua pula, Muhammad Yusuf bin Mohamad Zulfadhli. Berlainan dari kisah bersalin yg pertama, proses bersalin kali ini berlaku dengan sangat pantas. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar dan selamat..

Yang saya masih ingat, pada hari Selasa (11 Mac 2014) saya datang darah tanda bersalin (blood show), tapi tak ada contraction. So, tunggu je lah contraction datang sambil kemas2 rumah. Barang yang nak dibawa ke hospital pun langsung tak kemas lagi. Huhu.. tunggu, tunggu, tapi tak ada juga contraction yang jelas sampai hari Jumaat. Cuma saya ada terasa 1 kali contraction pada hari Rabu dan 1 kali pada hari Khamis. Hairan jugak, kali ni tak macam masa bersalin anak pertama dulu yang contraction datang sikit2 sepanjang hari.

Kemudian, pagi Jumaat pukul 9 pagi tiba2 rasa ada contraction yang kuat. Tak macam masa anak pertama dulu yang bermula dengan contraction yang perlahan. Saya cuba gunakan teknik deep breathing tapi tak berjaya. Dalam hati cakap, "Lain macam kuat ni". Kuatnya macam dah masuk fasa penghujung yang dah hampir nak bersalin. Jadi saya terus call suami suruh balik cepat. Sempat lagi suruh dia beli breakfast sebab pagi tu tak ada makanan di rumah. Perut kosong takut takda tenaga nak meneran nanti. Mujur nenek suami datang bawakan cucur goreng. Sambil tunggu tu saya bagi Hasan (anak pertama) makan cucur. Saya sempat makan 2-3 ketul cucur dan sebiji kurma je pagi tu. Saya tutup kipas rumah sebab rasa sejuk. 

Saya check tempoh antara dua contraction, 10 minit. Kemudian nenek dan mak saudara suami datang untuk jagakan Hasan. Bila dah tak tahan dengan contraction yg semakin kerap, saya masuk bilik, melutut, susun 4 biji bantal dan sembamkn badan atas bantal tu sambil cuba bertenang dan kawal emosi. Tarik nafas dalam2 masa contraction datang. Pukul 10 pagi suami sampai rumah. Tak beli sarapan pun sebab takut tak sempat. Saya minta suami pakaikan stokin sebab kaki sejuk sangat. 10.15 pagi bertolak ke hospital.

Dalam kereta, setiap kali contraction saya tarik nafas dalam2 tapi agak susah sebab dah masuk fasa contraction yg kuat. Kemudian saya teringat teknik Vocalization yg saya baru belajar dari kumpulan gentle birth. Bila tarik nafas tak cukup panjang, saya hembus nafas sambil sebut "Aaaaaaa" (dengan suara yg tenang) sampai contraction berhenti. Alhamdulillah, berjaya kurangkan sakit contraction..Dan setiap kali contraction tu saya paksa mulut utk senyum. Sebab ekspresi muka yg senyum akan mempengaruhi minda dan emosi kita utk sentiasa positif dan elakkan stress.


Sumber: internet

Pukul 10.45 pagi sampai di Pusat Bersalin Barakah. Mulanya suami suruh tunggu dia ambil kerusi roda sebab saya macam dah tak larat nak jalan. Tapi lepas tunggu sekejap kat tepi kereta, bongkok badan, tangan letak atas kerusi kereta, ambil nafas, gerak2 dan betulkan punggung sikit, lepas tu rasa dah boleh berdiri dan decide untuk jalan je ke pintu hospital. Saya nak ambil beg kat belakang tapi suami cakap tak payah. Masa berjalan tu tak rasa sakit sangat dah. Di depan pintu hospital nurse dah tunggu dengan kerusi roda. Saya cakap takpe, nak jalan je. Tapi nurse cakap "Takpe kak, akak duduk je.. Jangan gagah sangat kak.." Haha... diorang yg kalut lebih. Saya pun duduk la..

Nurse terus bawa saya masuk labor room, tak singgah wad dulu pun. Kt LR tempat sandar katil dah ditinggikan sikit. Ok la sebab saya tak nak baring flat. Nurse bantu saya naik atas katil dan sibuk2 sediakan peralatan dalam LR. Saya tak bagi nurse buka aircond sebab kaki rasa sejuk sangat, takut cramp. Kemudian nurse check bukaan. Dah 8 cm! Haha.. patut la sakit semacam.. Suami pula kelam kabut uruskan pendaftaran dan amik baju baby. Lepas tu doktor datang dan check bukaan lagi, kemudian cakap nak pecahkan ketuban. Saya cakap tak nak, nak tunggu pecah sendiri. Nampaknya doktor dah lupa perbincangan birth plan saya hari tu, saya minta nak biar ketuban pecah sendiri. Mestilah dia lupa, dia kan ramai pesakit. Sebenarnya kertas birth plan tu ada dalam buku rekod saya kat klinik tu, tapi nurse cari lama betul baru nak jumpa. Nurse pun, time2 ni la tak jumpa buku rekod saya.. menyesal pulak tinggal beg dalam kereta tadi sebab dalam tu ada salinan birth plan tu.. Takpe lah, pasrah je, bertenang, cool.. fokus pada pernafasan dan vocalization.. Ignore everything else..

Doktor kata kalau rasa nak buang air besar nanti panggil dia. Sementara tunggu waktu meneran tu doktor dan nurse keluar dulu. Tinggal saya ditemani suami je. Ulang2 kali tarik nafas dan vocalization everytime contraction datang sambil zikir2 dalam hati, sampai kering bibir. Setiap kali contraction saya bayangkan kelopak bunga rose sedang terbuka sedikit demi sedikit (analogi bagi laluan bersalin yg sedang membuka). Dalam hati fikir "Bila nak rasa nak meneran ni. Lama pulak nak tunggu.." Sebab makin lama rasa makin penat.


Credit photo to Pn. Hayati Muzaffar.

At last dah rasa nak meneran, panggil doktor dan nurse untuk ready, dan mula push. Push dengan sabar dan bersemangat. Kali ni dapat push dengan lebih baik dari dulu, tutup mulut dan tak bersuara. Tapi kadang2 terlupa, keluar suara juga. Lepas tu bila teringat cepat2 tahan suara. Banyak kali jugak push, tahan suara sampai kembung2 pipi nak teran. Haha.. Then tiba-tiba kaki kiri saya cramp. Nasib baik masa tu takda contraction, nurse pun tolong urut2 sikit sampai hilang cramp. Lepas tu teran lagi. Untuk push yg terakhir, nurse suruh saya pegang pergelangan kaki. Tapi tangan saya tak sampai. Of course la tak sampai, dengan perut yg besar macam tu kan.. Jadi suami saya dan seorang nurse tolong tolak badan saya ke arah lutut, saya pegang pergelangan kaki dan teran dengan sekuat hati (sambil membayangkan badan baby sedang bergerak di dalam terowong yg gelap ke arah pintu yg bercahaya). Dan berjaya, pukul 12.05 tengahari baby 3.1kg keluar, dan doktor terus letakkan dia di atas badan saya :)

Muhammad Yusuf bin Mohamad Zulfadhli, fresh from the womb :)

Alhamdulillah.. masa tu rasa takjub sangat sebab dapat pegang baby yg masih basah. Baby berhenti menangis bila saya pegang dia :) Dalam hati kata, "Bulatnya kepala kamu.." Hihi.. Berjaya dapatkan skin to skin agak lama sebab nak tunggu tali pusat berhenti berdenyut sebelum potong tali pusat. Doktor siap suruh suami saya potong tali pusat tu. Suami pun potong la.. pastu baby terberak atas badan saya dan nurse pun ambil untuk cuci baby.

Doktor cucuk ubat dan keluarkan uri. Kemudian doktor cakap luka 1st degree. Alhamdulillah, luka kecil (this time natural tear, no episiotomi). Doktor cucuk bius dan jahit luka. Dah siap, masuk wad. Suami keluar sekejap untuk solat Jumaat di masjid. Kali ni rasa lebih gembira sebab saya masih bertenaga lepas bersalin, dan saya boleh stay dalam wad sampai tengahari esok. Jadi lama la boleh rehat dalam wad. Pesakit pun ada 2 orang je dalam wad termasuk saya. Kalau dulu dapat rehat kejap je, pukul 12malam bersalin, pukul 11pagi dah kena balik.. Jadi selama 24 jam di situ sy baring dan duduk je. Kali ni suami tak dapat temankan saya di wad sebab nak temankan anak sulung di rumah. Tapi takda masalah kerana semua nurse di situ sangat helpfull. Makanan diberi 6 kali sehari. Memang rehat betul la. Hehe.. esok pukul 12 tengahari discharge. 


Makanan utama di sini (bubur ayam) menunjukkan keprihatinan kakitangan di sini terhadap keperluan wanita lepas bersalin. Orang baru lepas bersalin perlu makan yg lembut2 je supaya tak sembelit :) (Foto dari sumber internet)

Disebabkan tiada episiotomi kali ini, luka saya cepat sembuh, lepas seminggu bersalin badan rasa macam dah sihat walaupun masa tu belum mula ambil Set Berpantang Shaklee. Masa berpantang anak pertama dulu sebulan rasa sakit2 badan dan tak boleh duduk dgn selesa disebabkan kesan episiotomi tu. Jadi berpantang kali ni dilalui dgn lebih ceria dan gembira :) Alhamdulillah... 

Persediaan Bersalin

Berbeza dengan sewaktu mengandung anak pertama dulu, ketika mengandung anak kedua ni saya tak sempat buat persiapan langsung. Hanya berbekalkan ilmu yg dipelajari semasa mengandung anak pertama, itupun ingat2 lupa.. tak sempat berlatih deep breathing dan tak sempat dengar Birth Affirmations dengan tenang. Mengandung sambil jaga dan menyusukan anak kecil sungguh memenatkan. Masa tu Hasan belum faham apa2, masih manja, selalu nak dukung. Bayangkanlah mengandung sambil dukung budak 10 kg ke sana sini, sambil buat kerja rumah dan buat bisnes Shaklee. Memang tiada masa untuk rehat dan rileks. Sebab tu la saya tak berjaya lakukan deep breathing semasa contraction datang, sebab tak cukup latihan. Tapi nasib baik saya sempat belajar teknik vocalization untuk cover semasa contraction yg panjang. 

Dari segi persediaan fizikal, alhamdulillah segala penat lelah ketika menguruskan anak dan buat kerja rumah telah membantu menyediakan fizikal saya utk menghadapi proses bersalin. Kalau ikutkan dalam teknik gentle & natural birth, si ibu perlu banyakkan senaman yg melibatkan bahagian punggung dan ke bawah bagi membesarkan bukaan tulang pinggul supaya bayi mudah keluar semasa bersalin. Contoh senaman yg boleh dilakukan ialah duduk bergelek di atas gym ball, banyakkan berjalan dan  banyakkan mencangkung. Untuk situasi saya, saya memang perlu banyak bangun-duduk setiap hari semasa nak mandikan, tukar pampers, dan entertain anak. Hasan masa tu umur setahun lebih, dah mula panjang akal. Nak makan suap sendiri, tapi makannya separuh je, separuh lagi dia akan tabur-taburkan di sekelilingnya. Jadi setiap hari saya perlu lap lantai bekas nasi tu. Cuba bayangkan scene cerita Cinderella yg tengah mengelap lantai dengan tangan, macam tu lah yg saya buat setiap hari, dengan perut yg besar tu. huhu... Selain itu, di laluan ke dapur rumah saya dah dipasang pagar utk mengelakkan Hasan masuk ke dapur, dan setiap hari saya perlu melangkah pagar tersebut tak kurang dari 20 kali. Jadi aktiviti fizikal dalam rumah saja pun dah cukup sebagai senaman utk saya setiap hari. ^ ^"

Dari segi pemakanan, selain ambil Set Mengandung Shaklee, saya juga amalkan minum minyak kelapa dara (Virgin coconut oil) setiap hari mulai minggu 35 ke atas. Tujuannya utk mengelakkan koyak besar dan melicinkan proses meneran. Selain itu saya amalkan makan banyak kurma setelah masuk 3rd trimester. Antara kebaikan kurma ialah memudahkan proses bersalin, membekalkan zat besi dan tenaga, serta mengelakkan pendarahan (bleeding) ketika bersalin.

Mengandung kali ini saya lakukan lebih banyak persediaan rohani. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya menyertai kumpulan bisnes Shaklee yg sangat mementingkan penjagaan ibadah. Mentor2 Shaklee saya sangat menekankan penjagaan solat, solat sunat, zikir dan membaca al-Quran setiap hari. Saya cuba amalkan selagi mampu utk membina kekuatan jiwa. Mereka juga mengajar supaya menyebut dengan SPESIFIK apa yg kita mahukan dalam doa. Jangan ragu2 terhadap kemampuan Allah S.W.T. utk memberi apa yg kita inginkan. 

Menyedari bahawa saya tiada kesempatan utk berlatih deep breathing dan dengar Birth Affirmations, hanya tinggal berdoa saja usaha yg boleh saya lakukan. Saya sedar walau setinggi mana ilmu saya dan setinggi mana pun kemahiran doktor yg menguruskan, itu tidak akan menjamin bahawa saya akan terselamat dari sebarang komplikasi ketika bersalin. HANYA ALLAH yg berkuasa menentukan proses bersalin itu akan berjalan dengan lancar dan selamat. Jadi saya perlu berdoa bersungguh-sungguh di samping melakukan usaha2 lain. Semakin mendekati hujung kehamilan, saya banyakkan lagi berdoa dengan spesifik, minta Allah permudahkan urusan saya utk bersalin dengan tenang, normal dan selamat, dan minta Allah hantarkan orang yg baik2 utk menguruskan proses bersalin saya. Setiap hari saya ulang doa yg sama, hampir setiap kali lepas solat jika berkesempatan saya akan baca doa ini, terutamanya lepas solat Dhuha. Berdoa ketika waktu dhuha sangat memberi ketenangan jiwa dan menguatkan keyakinan saya terhadap bantuan Allah S.W.T. Alhamdulillah, Allah benar2 telah memberikan proses bersalin yg mudah dan cepat kepada saya. Maha Suci Allah, Allah Maha Pemurah dan Maha Pemberi Pertolongan.. :)

Penutup

Kunci utama utk mendapatkan proses bersalin yg lancar ialah persediaan fizikal, keyakinan sepenuhnya terhadap Allah, bersangka baik terhadap pertolongan Allah, have full control of your mind during birth, serta JANGAN STRESS dan JANGAN TAKUT untuk bersalin. Semakin anda tenang dan tidak takut, semakin mudah badan anda bekerja secara harmoni utk melahirkan bayi anda. InsyaAllah... Jadi diharap secebis perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada ibu2 yg bakal bersalin di luar sana. Manfaatkanlah segala tips yg saya kongsikan di sini bagi membantu anda mendapatkan proses bersalin yg anda inginkan. Sila kongsikan juga cerita ini dengan kawan2 lain ye :)


'Surge' ialah kata ganti bagi 'contraction'. (Kredit foto: Pn. Hayati Muzaffar)

Kredit foto: Pn. Hayati Muzaffar

***

Anda mungkin juga berminat:
Pengalaman Bersalin Anak Pertama dengan Kaedah HYPNOBIRTHING
PENGALAMAN GENTLE BIRTH ANAK KEEMPAT
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK
SET VITAMIN UNTUK WANITA HAMIL
Tips Merawat 'KEDINGINAN' Terhadap Hubungan Intim Selepas Bersalin

'Izzati Zahidah
Pengedar Shaklee Anda
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

1 comment:

  1. terima ksh coz kongsi pengalaman sis..suka sgt dgn pwrkongsian ni dlm byk2 perkongsian org lain kurg menekankan keyakinan dgn kuasa Allah..doakn sy jg dpermudahkn krn tgah menunggu hari jew
    ni..inshaAllah.

    ReplyDelete