Saturday 9 May 2015

Pengalaman Bersalin Anak Pertama dengan Kaedah HYPNOBIRTHING

Assalamualaikum :)

Hari ni terasa nak kongsikan pengalaman saya ketika bersalin anak pertama, Muhammad Hasan Shukri b. Mohamad Zulfadhli. Diharapkan perkongsian saya ini bagi memberi keyakinan dan sedikit panduan kepada ibu2 mengandung dalam membuat persediaan untuk bersalin secara normal, tenang dan selamat.

Sebelum saya pergi kepada kisah di hari bersalin, saya ingin kongsikan dahulu persediaan2 yg telah saya buat sepanjang pregnancy bagi menghadapi saat bersalin. Maklumlah bila mengandung kali pertama, tiada pengalaman dan ilmu langsung, then bila dengar cerita dari mak dan makcik2, banyak cerita yg menakutkan dan kurang enak tentang proses bersalin. Tengok drama dalam TV pulak, orang bersalin terjerit-jerit macam horor sangat.. Memang saya takut utk menghadapi hari bersalin nanti sebab saya ni tak kuat tahan sakit, dan memang 'blurr' tak tau apa yg perlu dibuat waktu bersalin nanti. Bila tanya nurse di klinik kesihatan masa monthly cek up, ada ke kat hospital buat kelas persediaan bersalin? Nurse cakap takda. So saya risau, macamana kalau saya salah buat nanti, dan berlaku masalah atau komplikasi masa bersalin. Owh, scary nya.... Jadi saya mula cari gali ilmu tentang bersalin.

Natural and Gentle Birthing Method

Saya teringat seorang senior universiti saya selalu cerita tentang Hypnobirth. Cara dia cerita macam bersalin ni best dan indah je.. betul ke bersalin ni best? Jadi pencarian ilmu saya bermula dengan Hypnobirth. Cari2 di internet, baru saya faham Hypnobirth ialah salah satu 'natural and gentle birthing method'. Ia adalah teknik utk bersalin dengan tenang, mudah dan selamat. Teknik ini boleh digunakan utk bersalin di mana2 saja- di hospital, di rumah, dalam kereta (jika ditakdirkan tak sempat sampai hospital atau berlaku bencana alam). Teknik ini dah established dan digunakan secara meluas di negara Barat kini utk mendapatkan 'fearless and more comfortable birth'. Hypnobirth membuktikan bahawa apabila kita menghilangkan rasa takut dari dalam diri, (iaitu rasa takut yg menyebabkan badan kita rasa tertekan, kaku dan laluan susah nak buka), kita dapat bersalin dengan lebih lancar, tenang, kurang kecederaan dan trauma. 


Kredit foto: Pn. Hayati Muzaffar

Hasil kajian menunjukkan, bayi yang lahir secara tenang dan mudah mempunyai perwatakan yg lebih tenang dan kurang meragam, berbanding bayi yg mempunyai masalah atau kesukaran ketika dilahirkan. Bagi sesetengah orang mungkin berasa kurang senang apabila dikatakan ilmu ini berasal dari barat. Tapi bagi saya, hikmah itu adalah milik orang Islam, di mana2 saja dia menjumpainya, dia berhak mengambilnya. Memandangkan ilmu ni sangat bermanfaat untuk umat Islam, kenapa kita tidak mengambilnya? Sedangkan ilmu obstetrik moden pun kita banyak belajar dari negara barat kan.

Persediaan Ilmu

First step utk belajar teknik Hypnobirth ialah dengan membaca buku "Hypnobirthing, The Mongan Method", tulisan Marie F. Mongan (M.Ed., M.Hy). Saya tertarik dengan Foreword buku ini yang ditulis oleh Dr. Lorne R. Campbell (Sr., M.D.), Assistant Clinical Professor of Family Medicine in University of Rochester and SUNY-Buffalo School of Medicine. Dr. Campbell menulis, selama banyak tahun perkhidmatannya sebagai Pakar Obstetrik, kadar pembedahan c-sect untuk pesakitnya kekal sebanyak 25%. Dia hairan, kenapa walaupun sudah menggunakan 'her best medical judgement', kadar komplikasi dan c-sect bagi pesakitnya sangat tinggi. Sementara itu, makin ramai pesakitnya meminta utk bersalin dgn menggunakan kaedah natural, tanpa painkiller, drugs dan alat bantuan. Jadi dia mula memberi peluang kpd diri sendiri utk cuba menggunakan kaedah natural dalam menguruskan proses bersalin pesakitnya. Sejak menggunakan kaedah natural, kadar c-sect pesakitnya menurun kepada 5%. That's a huge drop! Jadi dia terus menggunakan kaedah natural selama beberapa tahun. Suatu hari, dia menjumpai teknik Hypnobirthing, mempelajarinya dan menggunakannya utk menguruskan proses bersalin pesakitnya. Sejak itu kadar c-sect untuk pesakitnya jatuh kepada 3 kes sahaja dalam tempoh beberapa tahun. Jadi dia sangat menyokong dan selalu menyarankan kepada para pelajarnya untuk menggunakan teknik Hypnobirthing semasa menguruskan proses bersalin. 



Buku teks Hypnobirthing, saya beli online dari MPHOnline (Gambar dari internet).

Melalui buku ini kita dapat belajar tentang proses yg berlaku dalam badan kita semasa tengah bersalin, apa kesan fikiran dan emosi terhadap tindakbalas dalam badan kita, dan menyedarkan kita betapa Allah S.W.T. dah menciptakan badan perempuan ini memang lengkap dengan sistem untuk melahirkan anak dalam keadaan normal, no need for any medical intervention (bagi seorang ibu hamil yang sihat), jika kita tahu bagaimana caranya. Dan kita juga TAK PERLUKAN PAINKILLER semasa menghadapi natural contraction sebelum bersalin kerana teknik pernafasan Deep Breathing dan tips-tips lain yg diajar dapat mengurangkan sakit contraction itu sekaligus membolehkan si ibu itu menunggu sehingga laluan buka penuh dengan lebih tenang dan gembira :)

Selain membaca buku, saya juga banyak baca info di website bidan2 yg berpengalaman menggunakan teknik natural birth, baca pengalaman bersalin orang lain, baca perbincangan di kumpulan sokongan, dan menonton video exercise dan video bersalin natural birth. Melalui pencarian ilmu ini juga saya mengenali beberapa teknik gentle birth yg lain seperti Lamaze dan AMANI. Sebenarnya untuk guna sepenuhnya kaedah natural & gentle birthing, sepatutnya kena pergi kelas persediaan bersalin. Tapi setakat ni saya belum ada rezeki utk pergi ke kelas tersebut.

Pemilihan Hospital Bersalin

Selain persediaan ilmu, sangat penting untuk kita memilih hospital dan doktor yg menyokong penggunaan natural birthing method. Sebab tak semua doktor mahir dan berpengalaman utk handle kaedah bersalin natural. Banyak juga doktor yg terlalu bergantung kepada penggunaan alat bantuan dan ubat2 semasa handle proses bersalin. Alhamdulillah, saya diberi rezeki utk bersalin di sebuah hospital yg Islamic dan doktornya memang mengamalkan kaedah2 natural dalam menguruskan proses bersalin di situ. Pusat Bersalin Barakah di Bandar Puteri, Klang. Suami saya yg mula2 cadangkan bersalin di sini kerana kedua2 doktor pakar perbidanan di sini adalah muslimah. Suami saya sangat concern utk mencari doktor wanita Islam dan tak mahu saya bersalin dengan doktor lelaki. Sesungguhnya pada pilihan suami itu ada keberkatan bagi isteri. Pada pertama kali check-up kandungan di Klinik Barakah, saya jatuh hati utk bersalin di situ :) Doktor yg attend saya bernama Dr. Khairiah, seorang doktor yg berpengalaman, sangat lemah lembut dan sentiasa tersenyum. Beliau bersungguh-sungguh menjawab pertanyaan ibu hamil dan tak suka merisaukan si ibu tentang perkara2 yg tak berkaitan dgn ibu itu. Bercakap dgn Dr. Khairiah telah menghilangkan kegelisahan saya utk bersalin.


Pintu masuk Pusat Bersalin Barakah (sumber: internet)

Dr. Siti Khairiah (sumber: internet)

Pusat Bersalin Barakah termasuk dalam kategori 'low-risk birth center'. Ibu hamil yg kategori low-risk saja boleh bersalin di situ kerana tiada kelengkapan utk operate. Untuk ibu hamil berisiko boleh check-up di situ, tapi kalau bersalin perlu pergi ke Hospital SALAM di Shah Alam dan bersalin dengan Dr. Siti Mariam (atau Dr. Khairiah jika beliau available utk pergi ke SALAM). Pusat bersalin ni kecik je, maksimum boleh memuatkan 7 orang bersalin pada satu2 masa. Jadi kalau nak bersalin kat situ, pandai2 la sediakan back up plan hospital kedua in case kalau tempat penuh. Sebelum datang utk bersalin better call dulu utk tanya availability katil. Walaupun kecil tapi pusat bersalin ni sangat 'hot', ramai orang nak bersalin kat situ. Yelah, doktornya baik dan berpengalaman, mesti ramai orang suka. Kalau nak check up mengandung, kena datang satu jam sebelum waktu doktor masuk untuk ambil nombor giliran. Waktu doktor datang biasanya giliran dah full. Sementara tunggu giliran boleh makan2 dulu di restoran bersebelahan. Semua nurse di situ adalah muslimah dan di wad bersalin sentiasa terpasang bacaan ayat suci al-Quran. Jadi terasa sangat tenang di situ. Bayarannya pun murah berbanding hospital lain. Semasa saya bersalin anak kedua tahun 2014, caj yg dikenakan hanya RM1700 (utk proses bersalin tanpa penggunaan sebarang ubat dan alat bantuan. Kalau ada guna ubat atau peralatan tambahan, akan ada caj tambahan). Sekarang mungkin dah naik harga sikit sebab GST.


Katil dalam wad. Setiap wad dipisahkan dengan tirai sahaja, tapi tirai tu cover penuh di sekeliling katil, suami pun boleh tunggu dengan isteri. (sumber: internet)

Ruang menunggu di klinik cek-up bersalin (sumber: internet)

Persediaan Fizikal

Dari segi persediaan fizikal, dua perkara yang saya amalkan setiap hari, iaitu berlatih pernafasan Deep Breathing dan dengar audio Birth Affirmations setiap hari. Cuma saya kurang exercise dan takda rezeki utk beli gym ball utk senaman.

Setelah berusaha dari segi ilmu dan pemilihan hospital, sesuatu yg tak boleh kita lupakan ialah DOA. Saya banyakkan berdoa memohon supaya Allah S.W.T. memberikan proses bersalin yg normal, tenang dan selamat. Dan melindungi saya dan bayi dari sebarang masalah dan kemudaratan.

Pengalaman Bersalin

Huh... panjangnya cerita persediaan. Ok, sekarang masuk cerita bersalin pulak, natural but not so gentle birth.. 
Sehari sebelum bersalin tu saya pergi shopping dgn suami dan nenek suami di Nilai 3. Banyak sangat berjalan hari tu, dari satu kedai ke kedai lain. Penat betul jalan sampai rasa cramp kat perut. Tapi saya still cuba maintain pernafasan yg lancar, bernafas dgn perut, bila penat sangat duduk kejap. Tapi memang penat sungguh la. Rasanya itu yg membantu mendatangkan tanda bersalin kot. Huhu..

Esoknya, lepas solat subuh keluar sedikit darah. Memang tau dah itu tanda bersalin (blood show) sebab dah 37week. Tapi takda rasa sakit pun. Walaupun dah lama prepare nak hadapi semua ni dengan tenang, tapi bila sampai masa tu rasa nerves pulak. "Patut ke jumpa doktor skarang?" Jadi saya call kakak ipar yang dah banyak pengalaman bersalin. Dia advice tak perlu jumpa doktor lagi sebab takda contraction lagi, takda contraction maksudnya takda bukaan lagi.. dan saya pun tak suka duduk lama2 di hospital dan dibuat VE banyak kali. Jadi lepas difikir-fikir, walaupun contraction dah start rasa sekali dua, tapi skejap2 je, dan baby masih gerak macam biasa. Jadi tunggu dulu.. 

Saya ikut step asal macam yg dah plan sebelum ni.. bertenang, buat kerja macam biasa. Kemas2 rumah utk sambut ketibaan baby, gantung gambar2 yg baru beli kat Nilai semalam. hehe.. Bila contraction datang, duduk kejap dan tarik nafas dalam2, terus hilang kesakitan tu. 1st contraction pukul 10 pagi. Contraction yg awal2 tu kejap je, beberapa saat je, macam kena gigit semut. Saya cek jarak antara contraction tu sejam. So definitely lambat lagi nak bersalin. Sambil2 kemas rumah tu saya banyakkan minum air kosong utk keep hydrated, dan kerap buang air kecil utk mudahkn buka laluan. Petang tu jarak contraction jadi 30 minit, dan contraction tu rasa dah panjang sikit. Rasa lapar, jadi ajak suami pergi makan kat Aeon Klang. Jarak Aeon ni dgn pusat bersalin 15 minit je. Sesuai la nak lepak2 sana kejap sebelum pergi hospital. Makan kat Secret Recipe. hehe..

Time makan tu rasa contraction makin kuat, tapi still boleh tahan dgn amalkan teknik bernafas tu. Jarak antara contraction dah 15 minit. Lepas makan, jalan2 dalam Aeon sambil senyum2 tengok barang dan sembang2 dgn suami utk elakkan berfikir tentang contraction. Dating berdua utk kali terakhir sebelum ada anak. Saya dapat idea ni sebab pernah baca birth story seseorang di US, dia kata masa contraction tu dia pergi makan dgn suami, jalan2 window shopping sambil senyum2 kat orang sekeliling, mcm Princess tengah melawat rakyat. Dalam hati dia ckp, "Hi! Well, you know, I'm in labour now. Hehe". So, saya pun buat macam tu. Haha... Lepas solat maghrib, masuk Popular kejap sebab suami nak tengok buku. Masa dalam Popular ni la, tiba2 rasa contraction yg panjang dan kuat, saya hampir tak boleh bernafas, tak boleh gerak, rasa berdesing telinga. Bila dah stop saya pun sedar, "It's time." Suami tengok pun terus tanya, "Nak pergi hospital sekarang?" Jadi kami pun gerak ke hospital. Dalam kereta saya bernafas dalam2 setiap kali contraction datang. 

Pukul 9pm masuk pusat bersalin tu, senyap sunyi je, takda orang kat kaunter, cuma dengar bacaan ayat2 suci al-Quran yg dimainkn di speaker.Rasa tenang sikit. Lepas tu ada seorang nurse lalu kat situ. Dia tanya, "Ya, ada apa?" Suami ckp, "Isteri saya dah nak bersalin." Nurse tu tengok saya dgn muka hairan, maybe sebab saya berdiri dan buat muka selamba, tak macam orang sakit nak bersalin. Hehe.. yela, time tu tengah takda contraction boleh la berdiri macam biasa. Dan saya sendiri cuba mengelakkan diri dari rasa takut sebab rasa takut boleh membuatkan laluan bersalin susah nak buka. Lepas tu nurse bawa kami masuk wad, siap2kan diri. Baring atas katil, nurse pasang CTG kat perut utk cek jantung baby. Dr. Khairiah datang utk cek bukaan, dah 6cm. Alhamdulillah, rasa nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri. haha... Nampaknya tips banyakkan berjalan utk cepatkan buka laluan benar2 berkesan :) 

Masa baring tu contraction makin kuat dan panjang. Sambil2 tu suami call adik-bradik dan mak saya utk bagitau dah nak bersalin. Suruh mak saya siap2kan barang2 utk berpantang kat rumah. Time tu saya dah tak boleh bercakap dgn siapa2 dah sebab nak kena fokus utk bernafas, contraction makin kerap. Susah juga nak maintain pernafasan di saat akhir tu. Kepala jadi panas sebab tahan sakit. Bila suami usap2 dahi sambil baca surah di tepi telinga, rasa lega sikit..


Kredit foto: Pn. Hayati Muzaffar

Doktor datang lagi utk cek bukaan, dah 8cm. Jadi doktor suruh masuk labor room, pukul 11pm lebih. Dalam labor room sangat sejuk. Saya tak boleh angkat lutut sebab terlalu sejuk, kaki macam nak cramp. Saya minta doktor tutup aircond. Nasib baik mereka tolerate, boleh tutup aircond. Lepas tu baru selesa sikit. Doktor cakap nak pecahkan ketuban, tapi saya minta tunggu ketuban pecah sendri. Doktor setuju, dia cakap nanti kalau dah rasa nak terberak panggil dia. Tak lama lepas tu rasa nak meneran, suruh suami panggil doktor. Doktor datang dgn nurse dan terus pecahkan ketuban. Cek2 sikit, lepas tu suruh push setiap kali contraction datang.

Part meneran ni ada problem sikit sebab saya tak tau teknik push yang betul. Doktor dan nurse pun tak ajar dulu bagaimana cara meneran yg betul. Dalam gentle birth takda pushing sebab dia ajar posisi bersalin menegak, bukan berbaring, jadi baby akan keluar ikut tarikan graviti dengan mudah sambil kita tarik nafas dalam2, no need to push. Masa push tu saya buka mulut dan bersuara, itu cara yg salah sebab bila buka mulut dan bersuara, sebahagian tenaga meneran akan keluar melalui mulut dan tak cukup kuat utk tolak baby keluar. Dah banyak kali push sampai penat tapi baby tak keluar2. Akhirnya nurse cakap, "Kak, masa akak push tu, tutup mulut". Jadi saya push macam tu beberapa kali dan akhirnya baby berjaya keluar. 
Alhamdulillah, pukul 12.11mlm officially born. 


Muhammad Hasan Shukri bin Mohamad Zulfadhli, fresh from the womb :)

Lepas baby keluar tu rasa lega tapi sangat penat. Tak larat nak pegang baby, nak pusing kepala tengok baby pun tak larat. Cuma boleh gerakkan mata je utk pandang dari jauh. Doktor keluarkan uri dan darah beku, kemudian cucuk bius utk jahit luka. Doktor ada buat episiotomi semasa nak keluarkan baby tadi, jadi dapat luka 2nd degree. Asalnya Dr. Khairiah memang prefer natural tear, tak mewajibkan episiotomi walaupun utk yg pertama kali bersalin. Tapi disebabkan ada masalah tadi jadi dia terpaksa buat episiotomi utk cepat keluarkan baby. Saya tak dapat nak menyusukan baby right away sebab penat sangat. Lepas masuk wad dan makan bubur baru boleh menyusukan.. End of story.

Ok, itu cerita saya. Walaupun di penghujungnya ada masalah sikit tapi saya bersyukur baby selamat dilahirkan. Dan jangan bimbang jika anda juga bakal bersalin nanti. InsyaAllah anda dapat buat dengan lebih baik daripada saya sebab saya dah beri tips yg sangat berharga di sini, iaitu tutup mulut dan jangan keluarkan suara semasa meneran, ok. Alhamdulillah semasa bersalin anak kedua saya dapat buat dgn lebih baik sebab dah tau apa yg perlu dibuat, dan nurse juga ada ajar satu teknik semasa meneran yg membantu mempermudahkan baby keluar. Nurse pun dah pandai dah, nurse yg sama tapi dah senior, lebih banyak pengalaman :) InsyaAllah saya akan ceritakan dalam next entry.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Wassalam.


***


PENGALAMAN GENTLE BIRTH ANAK KEEMPAT
SET VITAMIN UNTUK WANITA HAMIL
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK
SET WANITA BERPANTANG

'Izzati Zahidah Othman
Shaklee Independent Distributor
Tel: 013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

7 comments:

  1. Terima kasih atas tips dan rujukkan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. semoga dapat dimanfaatkan oleh mereka yg memerlukan :). Sila share kpd kawan2 juga :)

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian, khusyuk baca dan byk tips yg di share kan :). Kalau tak keberatan, apa ciri2 low risk kepada si ibu utk bersalin secara natural birth ya?

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian, khusyuk baca dan byk tips yg di share kan :). Kalau tak keberatan, apa ciri2 low risk kepada si ibu utk bersalin secara natural birth ya?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. 12 minutes kat labour room baby dah keluar. And yes teknik pernafasan dan mind setting gabungan yang paling power! Boleh baca pengalamanku
    http://catatankumama.blogspot.com/2018/04/pengalaman-bersalin-paling-mudah.html?m=1

    ReplyDelete