Friday 17 January 2014

Tips Mengelakkan STRETCHMARK Semasa Hamil

Kebanyakan wanita mengambil langkah mengubati stretchmark selepas bersalin. Sebenarnya langkah ini kurang berkesan kerana sebaik sahaja stretchmark sudah terbentuk, SANGAT SUSAH untuk menghilangkannya sepenuhnya. Malu tau, masa baru kahwin, kulit cantik licin, confident je di depan suami. Tapi lepas bersalin anak pertama, terus low confident sebab perut penuh dengan stretcmark sampai ke paha!


Anda mahu kulit anda kelihatan begini selepas bersalin?

Tahukah anda, stretchmark boleh DIELAKKAN sejak sebelum bersalin lagi, dan langkah ini adalah lebih baik dan lebih murah. Betul tu, DIELAKKAN, maksudnya tips yang akan saya beritahu ini adalah bagi wanita yang pertama kali mengandung dan masih belum mempunyai kesan stretchmark di perut. Caranya mudah saja, hanya sapukan apa-apa minyak yang selamat untuk kulit (contoh: minyak zaitun, baby oil, minyak kelapa pun bolehhh) atau losyen di SELURUH PERMUKAAN PERUT serta bahagian paha yang dirasakan telah membesar, SETIAP HARI mulai bulan ke-5 kandungan sehingga bersalin. Langkah ini akan memberikan lembapan secukupnya kepada kulit, menjadikan kulit lebih kenyal dan boleh mengembang dengan selamat apabila perut semakin membesar, serta mengelakkan kesan rekahan (stretchmark) di permukaan kulit.

Saya dah cuba kaedah ini semasa mengandungkan anak pertama dahulu dan memang berkesan, tiada stretchmark langsung! Jadi janganlah beralasan bahawa sibuk dengan kerja, penat, malas nak sapu-sapu ni.. nanti sendiri yang menyesal ~

Sekian tips untuk hari ini :)

'Izzati Zahidah
Tel: 013-5024370
Shaklee ID: 906532
FB: 'Izzati Zahidah
FB Fanpage: UmmuHasan Healthcare
Email: zahidah89@gmail.com


No comments:

Post a Comment