Assalamualaikum pembaca semua..
Baru-baru ni saya terbaca satu tips ibubapa di facebook yg ditulis oleh fanpage Warga Prihatin dan dikongsikan semula oleh kawan saya. Saya rasa tips yg diberi itu sangat berguna dan diperlukan oleh ibu bapa zaman sekarang dalam bab mendidik akhlak anak perempuan supaya tidak terikut-ikut dengan gejala keruntuhan akhlak remaja perempuan yang semakin menjadi-jadi sekarang.. Jadi saya copy paste balik di sini supaya mudah dijadikan rujukan buat anda semua. Sila kongsikannya dengan rakan-rakan lain jika anda rasa ia bermanfaat :)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN
GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada
bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis
yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.
Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang
bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang
kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.
Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami
kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di
kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk
kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh
diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan
konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.
PERANAN BAPA
Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia
memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus
dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi.
Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan
kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.
Bau hormon lelaki
yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang
diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak
terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis
untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.
Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga
berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga
akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia
diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara
haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung
dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan
kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.
Anak gadis yang
sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti
seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki
sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu
anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini
akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya
atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.
LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL
Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian
yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil
lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang
betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu
anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.
Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah
penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari
ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa
teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut
kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan
gedik.
Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas
bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat
pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar
mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka
mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk
terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit,
dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.
Hari ini
ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah
ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau
singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak
gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.
Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat
beraksi begitu di depan Bangla atau lelaki buaya di luar sana. Cukup
dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang
berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit
keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan
berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada
tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil
itu kerana kita berada pada zaman yang sama.
KESIMPULAN
Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang
tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana
belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.
Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan
bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu.
Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut
petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis
kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas
‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di
media.
Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam
diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak
kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan.
Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana
yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat
bernafsu sekali.
Jangan lupa fenomena haruan makan anak.
Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan
amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi
'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami
tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika
anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.
Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang
lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi
pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan
menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus
belajar.
Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan
satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila
kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak
menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.
Kudap Parenting
WARGA PRIHATIN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Warga Prihatin
'Izzati Zahidah
Shaklee Independent Distributor
Tel: 013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah
Saturday, 18 October 2014
Sunday, 5 October 2014
MY FAVOURITE SUPPLEMENT
ESP dan Vitamin E adalah produk Shaklee yang menjadi feveret saya skarang.
ESP memang sejak mengandung anak pertama lagi dah jadi feveret sebab ia dapat memberi rasa kenyang yang segera. Biasa la, orang mengandung kan cepat rasa lapar. Sampai je waktu minum pagi dan minum petang mesti rasa lapar. Kalau tak cepat makan, perut akan growling dengan macam-macam bunyi sampai masuk angin. Saya pulak ada sejarah gastrik, jd perut yg berbunyi2 ni adalah petanda bahaya. Di waktu2 kritikal tu ESP la penyelamat dari terkena serangan gastrik.. ^ __ ^
Lepas bersalin saya masih continue minum ESP sampai sekarang ni dah ada anak dua orang. Saya biasanya bancuh ESP dengan susu Frisomum Gold, minum waktu pagi sebelum buat sarapan. Waktu awal2 pagi ni la perut sangat kosong sebab dah lama tidur, jadi sangat berpotensi untuk diserang gastrik. Lepas minum ESP ni terus hilang lapar dan rasa bertenaga, semangat nak buat kerja. Bagi seorang surirumah yang ada anak kecil, waktu pagilah waktu yang paling sibuk sekali sebab nak sediakan makanan, susu anak2, sediakan air mandi anak, kemas2 rumah, bagi anak makan.. biasanya pukul 11 pagi baru siap semua rutin pagi. Lepas tu baru boleh sarapan.. Selain itu, yang BESTNYER TENTANG ESP ni, kulit jadi lebih GEBU dan cantik. Lebih lembut disentuh. Malah kesan STRETCHMARK pun makin pudar! Selain tu ia jadi penambah TENAGA di saat kepenatan menguruskan anak2 dan kerja rumah. Kadang2 anak meragam, lambat makan tengahari, jadi minum ESP dulu buat alas perut.. Oh ye, satu lagi, MILKBOOSTER utk saya yang menyusukan anak.
Vitamin E pulak.. sebenarnya memang dah laaaaama 'mengidam' nak beli Vitamin E ni sebab tengok pada fungsi-fungsinya memang menarik! Untuk kulit cantik, rendahkan kolestrol dan membantu hubungan suami isteri. Tapi hanya beberapa bulan lepas baru ada rezeki dapat beli, alhamdulillah..
Dalam 2 bulan kot lepas amalkan makan Vitamin E di samping ESP dan Set Menyusu Shaklee, saya dapati kesan STRETCHMARK hampir HILANG! Wow~ best sangat!! Wanita lepas bersalin tau la betapa besar maknanya dapat hilangkan stretchmark ni..it affects your confidence level, u know.....
Selain tu ade satu lagi kesan besarr sejak ambil Vitamin E ni. Sesuai dengan nama jolokannya VITAMIN CINTA utk suami isteri...ehem2... yg ni nak cerita lebih2 kena bisik2 kat belakang. Tak boleh citer kat sini.. Pendek kata tak ada lagi masalah DINGIN lepas bersalin. Dan utk isteri yg ada masalah 'lambat panas enjin' tu.. Vitamin E ni boleh selesaikan masalah anda, insyaAllah...
Nak cuba ESP dan Vitamin E jugak?
Hubungi saya melalui sms/whatsapp/FB untuk mendapatkan harga istimewa dan konsultasi terbaik :)
Anda mungkin juga berminat:
Tips Merawat 'KEDINGINAN' Selepas Bersalin
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK
SET VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU
'Izzati Zahidah
Pengedar Shaklee Anda
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah
Inilah ESP dan Vitamin E Shaklee

Subscribe to:
Posts (Atom)