Wednesday 13 March 2019

Telekung Jameelah COMFY

🌸Telekung Jameelah COMFY🌸


Jameelah Comfy (White)
Beg travel yg sedondon dgn telekung :)

Jameelah Comfy (Black)

🌼Set telekung dgn PERCUMA beg telekung sedondon.
.
🌼Material Cotton Japan yg ringan dan sejuk.
.
🌼 Terdapat dua pilihan warna: Putih & Hitam.
.
🌼Pelapik dalam telekung hingga paras dada (boleh request tambahkan labuh pelapik)
.
🌼Labuh kain 110 cm (sesuai utk ketinggian wanita hingga 160cm)
.
🌼Pelapik dagu daripada lycra (Putih). Boleh stretch utk pelbagai saiz muka.
.
🌼Design kepala fit, tak perlu pakai serkup dalam.
.
Harga 💵:
Normal price RM120
Now on SALE: RM100 sahaja!💰💰💰
.
Free postage semenanjung, RM10 sabah sarawak.

Sms/whatsapp Izzati (013-5024370) utk order.
Facebook: 'Izzati Zahidah
IG: telekungjameelah_by_ummuhasan

Sunday 2 September 2018

PENGALAMAN GENTLE BIRTH ANAK KEEMPAT

Assalamualaikum semua... 
Lama betul saya tak update blog ni.. dah dekat 4 tahun...
Alhamdulillah kali ni saya nak kongsikan pengalaman bersalin anak keempat secara natural and gentle birth di Pusat Bersalin Barakah lagi... hehe...

Sy dtg tanda darah pagi Rabu (37 week 6 days). Lepas tu call parens suruh siap sedia utk dtg sbb mak sy nk jaga dlm pantang. Kali ni nak pantang kt rumah sendiri, tak balik kampung. Malam Rabu tu ada apoinment cek up dkt hosp yg sy nk bersalin tu. So mlm tu gi cek up mcm biasa. Belum ada contraction lagi. Doc scan baby, ckp kepala baby dh masuk laluan. Bila2 masa je boleh bersalin. Pintu rahim pun nmpk makin nipis. Sy tak bgtau doc dh dtg tanda darah. Hehe... lepas tu bincang birth plan dgn doc. Doc terima semua point2 dlm birth plan sy, tapi dia explain juga contoh situasi2 yg akn menyebabkn dia tak boleh ikut birth plan tu. Sy terima dan setuju. Dalam hati tetap tenang dan yakin situasi2 tu takkan berlaku. InsyaAllah Allah akn pelihara semuanya.

Esoknya Khamis still belum ada contraction. Suami pun harap sy belum bersalin hari tu sbb dia kena hantar satu keje penting hari tu. Ok lah.. lagipun parens sy belum sampai dari kampung. Tapi dalam hati dah buat back up plan, kalau contraction dtg masa suami takda, sy akn minta bapa mertua hantar ke hospital dan minta mak saudara suami temankan utk uruskan pendaftaran. Suami akn datang dari ofis..

Malam tu parens sy sampai dari ipoh. Sy byk berjalan mlm tu sbb nk hidang mknn n layan parens. Start rasa contraction sekali sekala dekat2 pkul 12 mlm. Tapi tak kuat, so decide utk tido dulu sbb dah letih sangat. Nak restore energy utk proses bersalin nnti. Malam tu masa tido terjaga stiap 1 jam sbb ade contraction. Kul 1, kul 2, kul 3. Tapi teruskan tido je sbb contraction jauh lg.

Start kul 4 pagi (Jumaat) baru contraction dtg stiap 15 minit, pastu stiap 10 minit. Tapi contraction kali ni tak rasa terlalu sakit mcm bersalin anak pertama dan kedua dulu. Kali ni rasa mcm sakit cramp dlm perut dan sakit pinggang je. Sampai sy confuse, dah dekat nk bersalin ke, atau lambat lagi. Cuma ada rasa tekanan mcm baby sedang menolak laluan bersalin di bawah. Disebabkan contraction dh konsisten setiap 10 minit, sy pun kejut suami bangun mandi n siap2.
Minum susu n mkn roti. Kul 5.30 pagi bertolak ke hosp. Dalam kereta pasang bacaan Yasin utk tenangkan hati.. Singgah mcD drive thru beli bubur n berger buat bekalan sbb hospital tu dah tak sediakan mknn berat sekarang. Terpaksa sbb tu je kedai mkn yg buka pagi2 buta ni.

Sampai hosp lepas azan subuh. Sy serahkan buku cek up yg diselitkan birth plan kpd nurse. Nurse suruh masuk labor room sementara suami uruskan pendaftaran. Dlm labor room, pegi tandas dulu sebelum naik atas katil. Nurse naikkan sikit kepala katil. Sebelum cek nurse tanya2 dulu, "Puan nak bersalin natural ye. Anak2 sebelum ni pun bersalin natural ke?" Nampaknya nurse tu dah baca birth plan sy. Sy ckp "Ya." Nurse ckp "Ok kte cek baby dulu ye." Nurse pasang CTG di perut pastu keluar. Beberapa minit kemudian nurse masuk balik utk cek CTG. Nurse ckp baby kurang reaktif, jadi nurse suruh sy mengiring ke kiri. Baru ok bacaan.. Nurse cek laluan dh 6cm. Nurse call doc. Suami terpaksa keluar sekejap sbb nak amik duit kt ATM utk bayar deposit hosp.

Contraction stiap 10 minit, pastu stiap 5 minit. Tapi still rasa mcm cramp perut dan sakit pinggang biasa je. Kalau dulu time ni dh rasa susah nk bernafas dan rasa mcm tak sedar diri sbb contraction dh kuat sgt2.. Sampai ke sudah contraction tak berapa kuat, then tiba2 rasa nk meneran. Sy terus bagitau nurse. Sy yg masih dgn rasa confuse, boleh fikir "eh betul ke dh nk bersalin ni??" Dlm 6.45 pagi kot start nk meneran. Doc still on dway. Doc lambat sbb solat subuh kt rumah dulu kot😅 huhu... Jadi nurse je yg conduct pushing phase tu. Masa tu dh pasrah suami tak sempat balik dari bank. Lantaklah, bersalin je lah..

Kali ni sy tak push. 1st time try breathe out the baby.  Nampaknya nurse2 pun dh ade pengalaman handle org bersalin yg tak push. Sbb diorang bleh guide sy masa breathe out tu. Lepas satu kali breathe out, suami masuk labor room. Fuh.. lega. Sempat dia temankan..

Tapi sy ada panik sket masa breathe out tu sbb baru 1st time nk try, dan posisi badan tak kondusif sgt masa tu, sandar 45 degree. Patutnya nk lebih tegak lagi. Masa nk breathe out tu badan asyik melurut ke bawah sbb pelapik tilam tu licin. Suami pun tak teringat nak tolong angkat badan sy ke depan. So rasa mcm susah sket baby nk keluar masa tu. Dan kaki asyik nak tertutup je. Nurse ckp kalau tak nak push kena buka kaki luas2 😅

Setiap kali rasa nk meneran sy hembus nafas berat sambil sebut "haaaaaaa" panjang2 sbb nak elakkn teran. Bising labor room dgn suara sy hari tu. Haha.. tapi nurse rileks je, maybe sbb dh biasa kot.. Alhamdulillah selepas 3-4 kali cubaan breathe out, kul 6.53 pagi baby keluar 😊. Doc sampai tepat2 lepas baby keluar.

Lepas keluar baby terus diletakkan di atas dada. Rasa bersyukur sangat2 semua dh selesai, baby pink n healthy. Lepas tu doc potong tali pusat, keluarkan uri dan jahit luka. Suami ckp masa teran tu nmpak mcm senang sbb lebih cepat baby keluar berbanding dgn anak2 sebelum ni. Dpt 1st degree tear. Alhamdulillah, lepas bersalin masih rasa bertenaga sbb tak penat push. Bleh menyusukan baby sambil duduk. Anak2 sebelum ni menyusu sambil baring je masa kt hospital sbb badan penat push.

Persediaan saya:

*Target waktu bersalin*
Utk anak ke-4 ni, sy ada buat target waktu bersalin. Sy dpt idea utk target waktu bersalin ni dari satu status fb ni yg menceritakan tentang kaedah hypnobirthing. Ya, kte boleh ikhtiar utk target nak bersalin pada week berapa, utk elakkan overdue atau jika ada sebab tertentu, menggunakan KUASA MINDA. Dan ia boleh berlaku jika Allah mengizinkan.

Masa pregnant aritu sy target nak bersalin masa 38 week. Dengan berbekalkan sebuah kalendar, doa dan PERCAYA, alhamdulillah sy betul2 dapat.

Begini. Yg pertama, kena ada reason kenapa nk bersalin waktu tu. Aritu sy target nk bersalin masa 38 wk sbb target nk habis pantang sebelum kenduri kawen adik ipar. Susah la nk pegi kenduri kalau masih dlm pantang, badan belum sihat, nak mkn pun susah sbb kena pantang. Satu lg, sebab sy nk konfemkan tarikh mula ambil Confinement Lady. Sy dh bagi tarikhnya kpd pengusaha syarikat CL, jadi sy kena bersalin dlm 2-3 minggu sebelum tarikh ambil CL tu.

Jadi, sy tengok tarikh2 kt kalendar. Sy tengok tarikh kenduri adik ipar. Pastu kira la tarikh mula pantang yg membolehkan habis pantang about 1-2 minggu sebelum kenduri. So area time tu la sy nk bersalin. Kebetulan dpt week 38. So sy fikir ok dah tu. 38 week insyaAllah baby dh matang.. Ok, bersalin masa 38 week. Kebetulan jugak dlm 38 week tu ada birthday sy. Sy harap akn bersalin masa birthday sy, boleh sambut birthday sama2 nnti. Hehe... 

Lepas tu sy pun buat persiapan mcm konfem akn bersalin 38 week. Cari semua barang2 baby dan kelengkapan berpantang sebelum 38 week. Kemas rumah sikit2 setiap minggu nk make sure semua dh bersih sebelum 38 week. Lepas dh siap cuci rumah, dan barang2 yg di order semua dh sampai betul2 sebelum masuk 38 week, rasa lega sgt. Masa tu fikir, "Ok, dah redy nak bersalin".

Di samping tu sy selalu2 tengok kalendar, tengok tarikh2 yg sy dh kira tu, dan stiap kali tu fikir, "38 week, bersalin." Dan selalu minta dlm doa jugak. Minta Allah datangkan proses bersalin dalam 38 week, waktu siang, bersalin normal dan natural, dan minta Allah sediakan diri sy utk menghadapi proses bersalin tu. 

Alhamdulillah dtg tanda darah pada pagi 37 week 6 days. Esok malamnya (38 week) baru start contraction, bersalin pagi tu 38 week 1 day..2 hari sebelum birthday sy :)

*Pemakanan*
1. Obimin.
2. Minum susu kambing Wildan setiap hari. 
3. Mulai pertengahan 2nd trimester, minum VCO 2 sudu besar sehari utk melawaskan dan naikkn hb.
4. 2nd trimester juga amalkn mkn vitamin C dan Garlic shaklee utk kuatkn sistem keimunan dan elak jangkitan kuman di vagina.
5. 3rd trimester start amik omega guard dan ostematrix shaklee.

*Fizikal*
1. Sy takda exercise yg spesifik. Cuma stiap pagi sy akn berjalan kaki pegi beli sarapan kt gerai tepi jalan, jarak about 100-200 meter dari rumah. Sy anggap itu sbg exercise sy.
2. Rajin2 buat keje rumah dan uruskan anak selagi mampu. Tak slalu pass keje kt suami sbb sy sengaja nk aktifkan diri, nk tingkatkan stamina utk persediaan bersalin. Weekend terakhir sebelum bersalin tu sy siap panjat kaunter dapur utk cuci tingkap dapur. Mak sy nk dtg jaga dlm pantang, nnti dia bising tengok tingkap dapur kotor 😂
Tapi tiap2 hari ada la jugak tido siang time dh penat sgt atau tak cukup tido mlm 😁
3. Sy tak buat aktiviti mencangkung sgt aritu sbb sebelum pregnant tu baru je miscarriage, n 8 months before that penah bersalin premature. So, takut ada risiko bersalin premature kalo byk mencangkung kali ni sbb mengandung pun rapat2. Itu pun sy rasa mcm laluan di bawah dh buka lebih awal walaupun lambat lagi nk bersalin.. Kalau sy takda risiko tu, maybe sy akn buat byk ketuk ketampi dan aktiviti mencangkung mcm masa mengandung anak kedua dulu. Hasilnya proses bersalin fast n furious masa bersalin anak kedua, 3 jam je contraction pastu bersalin.😊
4. A lot of sex during pregnancy. Saya percaya ini juga faktor laluan bersalin mudah buka dan kurang sakit semasa contraction.

*Apa yg sy DOAKAN*
1. Allah permudahkan urusan utk bersalin normal dgn tenang, lancar dan mudah.
2. Hantarkan orang yg baik2 utk uruskan proses bersalin sy.
3. Lembutkan hati doc dan nurse utk mengikut permintaan sy dan menguruskan proses bersalin sy dgn sabar dan lemah lembut.
4. Sihatkan dan sempurnakan tubuh badan baby.
5. Jadikan baby ini baik akhlaknya, mudah dijaga, penyabar, tak kuat meragam dan mudah tido malam. (Penting ni!)
5. Pelihara diri sy dan baby dari sebarang masalah dan mudarat ketika bersalin dan selepas bersalin.
6. Datangkan proses bersalin pada waktu yg paling memudahkan sy dan suami, pada waktu siang.
7. Permudahkan urusan ibu bapa utk menjaga sy dlm pantang.
8. Permudahkan urusan berpantang dan jauhkan baby dari penyakit kuning yg tinggi dan lama.
9. Permudahkan urusan utk ambil khidmat CL dan hantarkn orang yg baik2 utk menjadi CL sy.

Alhamdulillah, semua yg sy doakan Allah bagi.. Sedarlah ibu2, kita boleh doakan APA SAHAJA yg kte mahukan asalkan benda tu baik. Allah mampu bagi apa saja yg kte minta. Berdoalah dgn rasa yakin terhadap Allah utk perkara2 yg kte rasa susah nk dapat, yg di luar kawalan kte.. mohon kpd Allah utk membantu.

P/s: masa mengandung tu lupa nk doa supaya Allah banyakkn susu dan permudahkan perjalanan breastfeeding. So, masa dlm pantang tu ada masalah susu drop sbb demam bengkak susu selama beberapa hari. Akibatnya, terpaksa top up dgn fm sampai habis pantang.

Sekian.

***



Friday 28 August 2015

3 SEBAB KENAPA IBU-IBU RASA LEBIH BERTENAGA SEJAK AMBIL WONDERFUL BREASTFEEDING SET

Berdasarkan feedback daripada SEMUA ibu menyusu yg ambil Wonderful Breastfeeding Set ini, mereka merasakan badan mereka LEBIH BERTENAGA untuk melakukan kerja sepanjang hari.



Benar, bukan saya sahaja, malah kawan2 saya juga mengakuinya. Saya ambil contoh kawan saya yang mempunyai masalah bayi tak boleh tidur malam. Masuk pukul 12 malam je bayinya bangun dan segar untuk bermain-main sehingga masuk waktu subuh. Kawan saya ni pernah sehingga menangis malam2 sebab terlalu letih menemankan anaknya yang tak nak tidur. Suami selalu tiada sebab kerja offshore. Esok pagi kena pergi kerja, jadi dia selalu tak cukup rehat. Saya faham sangat2 perasaannya sebab anak pertama saya pun jenis tak tidur malam sehingga 6 bulan. Dia tidur waktu siang je. Jadi kami mempunyai pengalaman yang sama.. Tapi kawan saya ni cerita, selepas sarapan, dia akan ambil Vitamin B-complex dan Vitalea (antara vitamin yang terdapat dalam Wonderful Breastfeeding Set). Selepas ambil vitamin tu, dia rasa badan lebih bertenaga dan tak mengantuk dah, boleh buat kerja ofis macam biasa :)

NAK TAHU KENAPA ibu2 rasa lebih bertenaga selepas ambil set ini?

Ia disebabkan oleh 3 item di dalam set ini yg berfungsi utk meningkatkan tahap tenaga badan ibu, iaitu VITAMIN B-COMPLEX, VITALEA dan ESP.

1. 
VITAMIN B-COMPLEX 

- membantu pembakaran gula makanan kepada tenaga dgn lebih efisien, meningkatkan metabolisma badan, diperlukan untuk membantu semua proses dalaman badan, dan untuk kesihatan saraf.

2.
VITALEA 

- Vitalea ialah multivitamin dan multimineral. Ia mengandungi semua vitamin2 dan mineral penting dalam kuantiti yg bersesuaian utk melengkapkn keperluan zat dlm badan ibu. Bila badan ibu mendapat nutrisi yg mencukupi, badan menjadi lebih sihat dan cergas. Selain itu, Vitalea mengandungi zat besi yg berfungsi utk menambah sel darah merah dan meningkatkan paras oksigen dalam badan. Bila badan dapat byk oksigen, ibu akan rasa lebih segar dan tak cepat letih ^ _ ^

3. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
- ESP ialah serbuk PROTEIN yg diambil dari kacang soya Non-GMO. Protein ESP ni dah diproses ke dalam bentuk Asid Amino, iaitu bentuk protein yg paling ringkas. Jadi protein dari ESP ini akan terus diserap ke dalam badan sebaik sahaja diminum. Hasilnya, badan ibu akan rasa BERTENAGA SERTA-MERTA! Dan tenaga ini dapat bertahan utk tempoh yg lama kerana soya mempunyai Indeks Glisemik yg rendah (Makanan yg mempunyai indeks glisemik rendah mampu membekalkan tenaga dalam tempoh yg lama).



Jika berminat untuk mencuba Wonderful Breastfeeding Set ini, sila hubungi saya, ok :)

Anda mungkin juga berminat:
KENAPA IBU PERLU AMBIL WONDERFUL BREASTFEEDING SET?
Tips Merawat 'KEDINGINAN' Selepas Bersalin
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK

'Izzati Zahidah
Pakar Kesihatan Ibu-ibu
Pengedar Shaklee (ID: 906532)

013-5024370
ummuhasanhealth.blogspot.com

SEBAB-SEBAB KENAPA IBU PERLU AMBIL WONDERFUL BREASTFEEDING SET

Breastfeeding should be a WONDERFUL experience.

Semasa menyusukan anak, kita dapat pandang muka anak yg comel dan bambam dari dekat, dapat mencium baunya yg wangi, saat skin-to-skin rasa sangat tenang dan membahagiakan. Kita rasa gembira kerana dapat memberikan makanan yg terbaik dan paling berkhasiat untuk bayi kita...

TAPI, breastfeeding boleh jadi 'Not So Wonderful' apabila:


1. Anda MENGANTUK dan keletihan setiap kali masuk ofis sebab kena bangun tengah2 malam utk menyusukan anak atau pam susu.

2. Anda LETIH setiap pagi sebab kena bangun sebelum subuh utk buat power pumping.

3. Anak menyusu sekejap je lepas tu menangis mengamuk sebab SUSU TAK CUKUP.

4. Anda STRESS nak kumpul stok susu sbb susu sikit, macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

5. Makin hari badan makin penat dan sengal2 sebab BEKERJA NON-STOP - sebelum subuh pam susu, lps subuh menyusukan anak, siapkan anak nak hantar ke pengasuh, kerja ofis, pam susu kt ofis beberapa kali, balik rumah buat keje rumah dan memasak, melayan anak, melayan suami, tido.



6. Rasa TAK TENANG menyusukan anak sebab otak ligat memikirkan tugasan2 yg sedang beratur menunggu untuk diselesaikan selepas menyusukan anak nanti.

7. Anda stress dan penat sampai TAK LARAT NAK SENYUM depan suami, asyik buat muka ketat je depan suami.

8. Anak menyusu TERLALU LAMA macam tak kenyang2, rasa nk tercabut tangan memangku anak lama2.

9. Bila tiba masa utk melayan suami, hati terdetik "Penatnyeeeeee....".

10. Anda selalu bertanya kepada diri, "Sampai bila aku nak macam ni??"


Yup.. breastfeeding boleh jadi sangat MENCABAR bagi sesetengah ibu. Saya pun dah merasa semua tu sebelum saya mula mengambil vitamin Shaklee.

Hati-hati ye ibu.. Kepenatan yg melampau boleh mendatangkan STRESS, and stress is number 1 milkkiller. Ia boleh membuatkan semangat ibu utk menyusukan anak makin menurun, hormon terganggu dan kuantiti susu juga akan berkurang. Bukan itu saja, ibu juga akan jadi seorang yg moody dan cepat marah, serta berpotensi mengalami 'postpartum depression' dalam beberapa bulan pertama selepas pantang.

Jika anda mengalami masalah2 seperti di atas semasa dalam tempoh penyusuan ini, mari sini saya bantu membaiki keadaan anda dgn WONDERFUL BREASTFEEDING SET serta khidmat nasihat yg terperinci :)



6 sebab kenapa set ini sangat WONDERFUL bagi ibu2 menyusu:

1. Ibu rasa lebih BERTENAGA utk menyusukan anak, buat kerja ofis dan buat kerja rumah.

2. EMOSI menjadi lebih stabil dan stress berkurang.

3. Kualiti LAYANAN terhadap SUAMI menjadi lebih baik.

4. Susu ibu menjadi lebih pekat dan banyak.

5. LENGUH2 dan sakit2 badan berkurang.

6. Kulit ibu semakin CERAH DAN GEBU!
===============================
No more TIRED AND MOODY mama!
===============================

 
WONDERFUL BREASTFEEDING SET ialah set vitamin Shaklee yang dicadangkan sesuai dengan keperluan seorang ibu menyusu bagi mengatasi masalah-masalah yg selalu dihadapai oleh ibu dalam tempoh penyusuan anak. Vitamin2 ini adalah vitamin natural iaitu diperbuat daripada sumber semulajadi dan bukan sintetik.

Set ini terdiri daripada 6 item iaitu:

1. Vit. B-complex: membantu semua proses badan, menenangkan STRESS, membantu pembinaan sel darah merah, menggalakkan penghasilan tenaga.

2. Vitalea : MULTIVITAMIN lengkap utk membekalkan zat dan vitamin penting bagi menampung kekurangan zat makanan di zaman serba moden ini, memberikan TENAGA, membantu penghasilan sel darah merah.

3. Vitamin C : Meningkatkan sistem daya tahan penyakit bayi dan ibu, memperbaiki masalah alahan kulit pada ibu dan bayi, mengelakkan bayi daripada mudah dijangkiti selsema dan demam.

4. Alfalfa : sejenis herba dgn pelbagai zat dan vitamin, digunakan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, mempunyai fungsi seperti KACIP FATIMAH utk merapatkan KEINTIMAN suami isteri, memperbaiki masalah 'kedinginan' dalam hubungan suami isteri lepas bersalin.

5. Ostematrix : memelihara kesihatan tulang ibu, menghilangkan LENGUH2 badan, menggalakkan penghasilan susu, membantu mendapatkan TIDUR BERKUALITI walaupun sekejap, mengelakkan susu merudum semasa period.

6. ESP : minuman penambah tenaga kepada ibu, mengenyangkan, MILKBOOSTER, MENGGEBUKAN kulit, MENCERAHKAN KULIT ibu dan bayi, membantu menurunkan berat badan.

Berminat untuk mencuba WONDERFUL BREASTFEEDING SET? Hubungi saya melalui SMS/Whatsapp/Facebook sekarang! 

Anda mungkin juga berminat:
3 SEBAB KENAPA IBU-IBU RASA LEBIH BERTENAGA SEJAK AMBIL WONDERFUL BREASTFEEDING SET?
Alhamdulillah, Masalah KEPENATAN MELAMPAU Telah Diatasi dengan Set Menyusu

CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK 

'Izzati Zahidah
Pengedar Shaklee Pilihan Anda (ID: 906532)
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

Wednesday 24 June 2015

BAHAYA DEHIDRASI (DEHYDRATION) KEPADA WANITA HAMIL

Dehidrasi ialah masalah KEKURANGAN AIR yg banyak dari tubuh. Dehidrasi bukanlah masalah ringan jika berlaku kepad wanita HAMIL. Ia boleh MEMBAHAYAKAN kesihatan dan NYAWA bayi dalam kandungan.

PUNCA dehidrasi pada wanita hamil:
- banyak muntah (morning sickness)
- kurang minum air (termasuklah puasa)
- selalu bekerja dalam cuaca panas dan kering
- terlalu aktif bergerak tapi kurang minum air

AKIBAT dehidrasi pada wanita hamil:
- CONTRACTION dalam rahim
- Air KETUBAN KURANG (risiko kecacatan fizikal bayi, keguguran atau bayi LEMAS)
- risiko bayi lahir pramatang
- hati dan ginjal tak dapat menjalankan fungsi dgn baik


TANDA-TANDA dehidrasi:
- HAUS yg amat
- bibir kering
- kurang kencing, kencing pekat
- cepat penat
- pening/mengantuk
- sembelit

CARA MENGATASI DEHIDRASI:
- minum banyak air kosong atau jus buah-buahan
- minum sebelum haus
- masukkan air ke dalam badan melalui IV drip (jika keadaan terlalu serius)
- elakkan aktiviti outdoor dlm cuaca panas
- elakkan minuman berkafein

Namun, sesetengah ibu tak dapat elakkan berada di luar bangunan ketika cuaca panas disebabkan oleh tuntutan KERJA. Keadaan diburukkan lagi jika udara berjerebu. Bagi yang bekerja di dalam pejabat pula, kadangkala kesibukan tugas menyukarkan kita untuk minum air dengan kerap. Selain itu, kalau si ibu tengah berpuasa, ibu tak bolehlah minum air sesuka hati kan.. 

Oleh itu, utk mengelakkan dehidrasi kepada ibu2 hamil atau menyusu yang berada dalam keadaan berisiko untuk mendapat masalah ini, saya sangat2 mencadangkan ibu2 minum PERFORMANCE DRINK Shaklee. Minuman ini sesuai diambil ketika sarapan pagi atau sahur untuk menjaga kuantiti air dalam badan ibu ketika sibuk bekerja sepanjang hari.

Performance Drink Shaklee

Performance Drink ialah minuman ISOTONIK TANPA GAS yg dihasilkan oleh Shaklee utk memberikan PENGHIDRATAN dan mengurangkan kehilangan air dari badan. Ia memelihara keseimbangan  elektrolit dan kandungan air dalam badan, serta mengandungi campuran karbohidrat yg mampu membekalkan tenaga segera. Performance Drink sangat membantu terutamanya ibu2 hamil utk kekal sihat, elakkan dehidrasi dan lebih bertenaga ketika bekerja, puasa dan selepas berbuka. Untuk ibu2 menyusu pula ia dapat membantu mengelakkan susu kering akibat dehidrasi atau puasa. 

Kebaikan Performance Drink:
√ mengurangkan kehilangan air dari badan
√ meningkatkan HIDRASI
√ memelihara tahap gula dalam darah
√ membekalkan TENAGA segera dan berpanjangan
√ mengelakkan HAUS yg keterlaluan

Berminat mencuba Performance Drink?
Contact me now.
'Izzati Zahidah Othman
Pengedar Shaklee Pilihan Anda
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

Friday 12 June 2015

Kebaikan VITAMIN E untuk Hubungan INTIM SUAMI ISTERI

Saya teringat suatu rancangan di TV al-Hijrah pada tahun lepas yg bertajuk Khawater. Rancangan ini selalu membincangkan isu semasa umat Islam di zaman ini dan kadang-kala membuat perbandingan sistem yg ada di negara Islam dengan negara bukan Islam. Suatu hari ketika membincangkan topik kepentingan pendidikan seksual kpd anak yg bakal berkahwin, hos rancangan tersebut ada menyebut, hubungan seksual antara suami isteri adalah elemen yg sangat penting dalam sebuah rumahtangga. Kerap kali kes pasangan bercerai kerana sebab yg remeh-temeh, namun apabila diselidik dgn mendalam, punca utamanya ialah masalah di bilik tidur. Apabila hubungan seksual bermasalah, segala kesalahan2 kecil yg lain akan nampak besar sangat. Tapi jika hubungan seksual baik, ia mampu menutup segala kesalahan2 kecil yg lain...

Ok, itu sekadar intro kenapa saya ingin menulis entry kali ni. Menyedari bahawa hubungan seksual ialah isu sensitif dalam masyarakat Islam dan jarang dibincangkan secara terbuka, sebarang masalah berkaitan hubungan intim suami isteri selalu sahaja disenyapkan kerana rasa malu untuk bertanya secara terbuka dan mencari penyelesaian. Sedangkan isu hubungan intim mempunyai pengaruh yg besar dalam keharmonian rumahtangga. Terima kasih kepada kemajuan teknologi dan internet hari ini, kini anda boleh mendapatkan penyelesaian masalah ini di sini :) 

Saya tahu ramai pasangan suami isteri yg mengalami masalah merasakan hubungan intim semakin HAMBAR. Jangan terkejut jika saya katakan pasangan yang belum begitu lama berkahwin pun BOLEH mengalami masalah hubungan intim yg hambar atas beberapa faktor. Faktor utama ialah KEPENATAN dan STRESS. Penat dan stress dgn masalah kerja, urusan rumahtangga dan urusan anak-anak. Ini menyebabkan performance suami isteri menurun ketika hubungan intim. Selain itu, isteri yg BARU BERSALIN juga biasanya akan kurang berminat dgn hubungan intim kerana hormon penyusuan (prolaktin) yg tinggi telah menyebabkan pengurangan hormon seksual di dalam badan isteri.

Bagi MENGHANGATKAN semula hubungan intim suami isteri, saya mencadangkan agar suami isteri mengambil Vitamin E Shaklee. Selain untuk kecantikan kulit, Vitamin E sangat POWERFUL dalam meningkatkan keupayaan seksual suami isteri :)


Vitamin E Shaklee

Jika para SUAMI konsisten mengambil sebiji Vitamin E Shaklee setiap hari, anda dapat:
- TENAGA yg lebih ketika hubungan intim
- tempoh ereksi LEBIH LAMA
- RANGSANGAN yg lebih kuat
- meningkatkan kuantiti & kualiti air mani
- menyihatkan kulit, memulihkan kesan 'sunburn'

Bagi para ISTERI, pengambilan Vitamin E Shaklee setiap hari dapat:
- meningkatkan TENAGA ketika hubungan intim
- lebih MUDAH TERANGSANG
- menstabilkan semula hormon seks dan kewanitaan selepas bersalin
- merawat masalah 'dingin' atau 'kering' ketika hubungan intim
- MENEGANGKAN payudara
- meMERAHkan puting payudara
- BONUS! kulit seluruh badan cantik dan cerah
- memulihkan kesan 'sunburn' - menghilangkan kedutan dan jeragat (AWET MUDA)
- menghilangkan/memudarkan parut dan stretchmark

TESTIMONI KESAN VITAMIN E TERHADAP HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTER



Berminat mencuba Vitamin E Shaklee?

Keistimewaan Vitamin E Shaklee:
- mengandungi 400 IU Vitamin E dan Selenium semulajadi utk membantu penyerapan vitamin E dalam badan
- diperbuat daripada minyak soya organik, minyak biji gandum dan minyak biji anggur utk memberi kesan anti-oksidan yg tinggi
- anti-kanser, sesuai utk mereka yg bekerja di persekitaran yg bertoksik dan terdedah kepada radiasi dan sinaran UV yg tinggi.
- membaiki tekstur dan ton kulit
- memelihara keanjalan arteri dan kesihatan jantung
- mengelakkan kejadian darah beku punca strok
- merendahkan kolesterol
- menguatkan sistem keimunan 
- mempercepatkan baik pulih luka

Hubungi saya sekarang utk mendapatkan Vitamin E dengan harga istimewa!

Anda mungkin juga berminat:
Tips MENGHANGATKAN Hubungan Intim Suami Isteri
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK
TIPS PUASA BERTENAGA UNTUK IBU MENYUSU
Alhamdulillah, Masalah KEPENATAN MELAMPAU Telah Diatasi dengan Set Menyusu

'Izzati Zahidah Othman
Pengedar Shaklee Pilihan Anda (ID: 906532)
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah

Thursday 11 June 2015

Pengalaman Bersalin Natural dan Mudah untuk Anak Kedua


Assalamualaikum.

Tempoh hari saya telah kongsikan pengalaman bersalin anak pertama saya dengan kaedah Hypnobirthing. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman bersalin anak kedua pula, Muhammad Yusuf bin Mohamad Zulfadhli. Berlainan dari kisah bersalin yg pertama, proses bersalin kali ini berlaku dengan sangat pantas. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar dan selamat..

Yang saya masih ingat, pada hari Selasa (11 Mac 2014) saya datang darah tanda bersalin (blood show), tapi tak ada contraction. So, tunggu je lah contraction datang sambil kemas2 rumah. Barang yang nak dibawa ke hospital pun langsung tak kemas lagi. Huhu.. tunggu, tunggu, tapi tak ada juga contraction yang jelas sampai hari Jumaat. Cuma saya ada terasa 1 kali contraction pada hari Rabu dan 1 kali pada hari Khamis. Hairan jugak, kali ni tak macam masa bersalin anak pertama dulu yang contraction datang sikit2 sepanjang hari.

Kemudian, pagi Jumaat pukul 9 pagi tiba2 rasa ada contraction yang kuat. Tak macam masa anak pertama dulu yang bermula dengan contraction yang perlahan. Saya cuba gunakan teknik deep breathing tapi tak berjaya. Dalam hati cakap, "Lain macam kuat ni". Kuatnya macam dah masuk fasa penghujung yang dah hampir nak bersalin. Jadi saya terus call suami suruh balik cepat. Sempat lagi suruh dia beli breakfast sebab pagi tu tak ada makanan di rumah. Perut kosong takut takda tenaga nak meneran nanti. Mujur nenek suami datang bawakan cucur goreng. Sambil tunggu tu saya bagi Hasan (anak pertama) makan cucur. Saya sempat makan 2-3 ketul cucur dan sebiji kurma je pagi tu. Saya tutup kipas rumah sebab rasa sejuk. 

Saya check tempoh antara dua contraction, 10 minit. Kemudian nenek dan mak saudara suami datang untuk jagakan Hasan. Bila dah tak tahan dengan contraction yg semakin kerap, saya masuk bilik, melutut, susun 4 biji bantal dan sembamkn badan atas bantal tu sambil cuba bertenang dan kawal emosi. Tarik nafas dalam2 masa contraction datang. Pukul 10 pagi suami sampai rumah. Tak beli sarapan pun sebab takut tak sempat. Saya minta suami pakaikan stokin sebab kaki sejuk sangat. 10.15 pagi bertolak ke hospital.

Dalam kereta, setiap kali contraction saya tarik nafas dalam2 tapi agak susah sebab dah masuk fasa contraction yg kuat. Kemudian saya teringat teknik Vocalization yg saya baru belajar dari kumpulan gentle birth. Bila tarik nafas tak cukup panjang, saya hembus nafas sambil sebut "Aaaaaaa" (dengan suara yg tenang) sampai contraction berhenti. Alhamdulillah, berjaya kurangkan sakit contraction..Dan setiap kali contraction tu saya paksa mulut utk senyum. Sebab ekspresi muka yg senyum akan mempengaruhi minda dan emosi kita utk sentiasa positif dan elakkan stress.


Sumber: internet

Pukul 10.45 pagi sampai di Pusat Bersalin Barakah. Mulanya suami suruh tunggu dia ambil kerusi roda sebab saya macam dah tak larat nak jalan. Tapi lepas tunggu sekejap kat tepi kereta, bongkok badan, tangan letak atas kerusi kereta, ambil nafas, gerak2 dan betulkan punggung sikit, lepas tu rasa dah boleh berdiri dan decide untuk jalan je ke pintu hospital. Saya nak ambil beg kat belakang tapi suami cakap tak payah. Masa berjalan tu tak rasa sakit sangat dah. Di depan pintu hospital nurse dah tunggu dengan kerusi roda. Saya cakap takpe, nak jalan je. Tapi nurse cakap "Takpe kak, akak duduk je.. Jangan gagah sangat kak.." Haha... diorang yg kalut lebih. Saya pun duduk la..

Nurse terus bawa saya masuk labor room, tak singgah wad dulu pun. Kt LR tempat sandar katil dah ditinggikan sikit. Ok la sebab saya tak nak baring flat. Nurse bantu saya naik atas katil dan sibuk2 sediakan peralatan dalam LR. Saya tak bagi nurse buka aircond sebab kaki rasa sejuk sangat, takut cramp. Kemudian nurse check bukaan. Dah 8 cm! Haha.. patut la sakit semacam.. Suami pula kelam kabut uruskan pendaftaran dan amik baju baby. Lepas tu doktor datang dan check bukaan lagi, kemudian cakap nak pecahkan ketuban. Saya cakap tak nak, nak tunggu pecah sendiri. Nampaknya doktor dah lupa perbincangan birth plan saya hari tu, saya minta nak biar ketuban pecah sendiri. Mestilah dia lupa, dia kan ramai pesakit. Sebenarnya kertas birth plan tu ada dalam buku rekod saya kat klinik tu, tapi nurse cari lama betul baru nak jumpa. Nurse pun, time2 ni la tak jumpa buku rekod saya.. menyesal pulak tinggal beg dalam kereta tadi sebab dalam tu ada salinan birth plan tu.. Takpe lah, pasrah je, bertenang, cool.. fokus pada pernafasan dan vocalization.. Ignore everything else..

Doktor kata kalau rasa nak buang air besar nanti panggil dia. Sementara tunggu waktu meneran tu doktor dan nurse keluar dulu. Tinggal saya ditemani suami je. Ulang2 kali tarik nafas dan vocalization everytime contraction datang sambil zikir2 dalam hati, sampai kering bibir. Setiap kali contraction saya bayangkan kelopak bunga rose sedang terbuka sedikit demi sedikit (analogi bagi laluan bersalin yg sedang membuka). Dalam hati fikir "Bila nak rasa nak meneran ni. Lama pulak nak tunggu.." Sebab makin lama rasa makin penat.


Credit photo to Pn. Hayati Muzaffar.

At last dah rasa nak meneran, panggil doktor dan nurse untuk ready, dan mula push. Push dengan sabar dan bersemangat. Kali ni dapat push dengan lebih baik dari dulu, tutup mulut dan tak bersuara. Tapi kadang2 terlupa, keluar suara juga. Lepas tu bila teringat cepat2 tahan suara. Banyak kali jugak push, tahan suara sampai kembung2 pipi nak teran. Haha.. Then tiba-tiba kaki kiri saya cramp. Nasib baik masa tu takda contraction, nurse pun tolong urut2 sikit sampai hilang cramp. Lepas tu teran lagi. Untuk push yg terakhir, nurse suruh saya pegang pergelangan kaki. Tapi tangan saya tak sampai. Of course la tak sampai, dengan perut yg besar macam tu kan.. Jadi suami saya dan seorang nurse tolong tolak badan saya ke arah lutut, saya pegang pergelangan kaki dan teran dengan sekuat hati (sambil membayangkan badan baby sedang bergerak di dalam terowong yg gelap ke arah pintu yg bercahaya). Dan berjaya, pukul 12.05 tengahari baby 3.1kg keluar, dan doktor terus letakkan dia di atas badan saya :)

Muhammad Yusuf bin Mohamad Zulfadhli, fresh from the womb :)

Alhamdulillah.. masa tu rasa takjub sangat sebab dapat pegang baby yg masih basah. Baby berhenti menangis bila saya pegang dia :) Dalam hati kata, "Bulatnya kepala kamu.." Hihi.. Berjaya dapatkan skin to skin agak lama sebab nak tunggu tali pusat berhenti berdenyut sebelum potong tali pusat. Doktor siap suruh suami saya potong tali pusat tu. Suami pun potong la.. pastu baby terberak atas badan saya dan nurse pun ambil untuk cuci baby.

Doktor cucuk ubat dan keluarkan uri. Kemudian doktor cakap luka 1st degree. Alhamdulillah, luka kecil (this time natural tear, no episiotomi). Doktor cucuk bius dan jahit luka. Dah siap, masuk wad. Suami keluar sekejap untuk solat Jumaat di masjid. Kali ni rasa lebih gembira sebab saya masih bertenaga lepas bersalin, dan saya boleh stay dalam wad sampai tengahari esok. Jadi lama la boleh rehat dalam wad. Pesakit pun ada 2 orang je dalam wad termasuk saya. Kalau dulu dapat rehat kejap je, pukul 12malam bersalin, pukul 11pagi dah kena balik.. Jadi selama 24 jam di situ sy baring dan duduk je. Kali ni suami tak dapat temankan saya di wad sebab nak temankan anak sulung di rumah. Tapi takda masalah kerana semua nurse di situ sangat helpfull. Makanan diberi 6 kali sehari. Memang rehat betul la. Hehe.. esok pukul 12 tengahari discharge. 


Makanan utama di sini (bubur ayam) menunjukkan keprihatinan kakitangan di sini terhadap keperluan wanita lepas bersalin. Orang baru lepas bersalin perlu makan yg lembut2 je supaya tak sembelit :) (Foto dari sumber internet)

Disebabkan tiada episiotomi kali ini, luka saya cepat sembuh, lepas seminggu bersalin badan rasa macam dah sihat walaupun masa tu belum mula ambil Set Berpantang Shaklee. Masa berpantang anak pertama dulu sebulan rasa sakit2 badan dan tak boleh duduk dgn selesa disebabkan kesan episiotomi tu. Jadi berpantang kali ni dilalui dgn lebih ceria dan gembira :) Alhamdulillah... 

Persediaan Bersalin

Berbeza dengan sewaktu mengandung anak pertama dulu, ketika mengandung anak kedua ni saya tak sempat buat persiapan langsung. Hanya berbekalkan ilmu yg dipelajari semasa mengandung anak pertama, itupun ingat2 lupa.. tak sempat berlatih deep breathing dan tak sempat dengar Birth Affirmations dengan tenang. Mengandung sambil jaga dan menyusukan anak kecil sungguh memenatkan. Masa tu Hasan belum faham apa2, masih manja, selalu nak dukung. Bayangkanlah mengandung sambil dukung budak 10 kg ke sana sini, sambil buat kerja rumah dan buat bisnes Shaklee. Memang tiada masa untuk rehat dan rileks. Sebab tu la saya tak berjaya lakukan deep breathing semasa contraction datang, sebab tak cukup latihan. Tapi nasib baik saya sempat belajar teknik vocalization untuk cover semasa contraction yg panjang. 

Dari segi persediaan fizikal, alhamdulillah segala penat lelah ketika menguruskan anak dan buat kerja rumah telah membantu menyediakan fizikal saya utk menghadapi proses bersalin. Kalau ikutkan dalam teknik gentle & natural birth, si ibu perlu banyakkan senaman yg melibatkan bahagian punggung dan ke bawah bagi membesarkan bukaan tulang pinggul supaya bayi mudah keluar semasa bersalin. Contoh senaman yg boleh dilakukan ialah duduk bergelek di atas gym ball, banyakkan berjalan dan  banyakkan mencangkung. Untuk situasi saya, saya memang perlu banyak bangun-duduk setiap hari semasa nak mandikan, tukar pampers, dan entertain anak. Hasan masa tu umur setahun lebih, dah mula panjang akal. Nak makan suap sendiri, tapi makannya separuh je, separuh lagi dia akan tabur-taburkan di sekelilingnya. Jadi setiap hari saya perlu lap lantai bekas nasi tu. Cuba bayangkan scene cerita Cinderella yg tengah mengelap lantai dengan tangan, macam tu lah yg saya buat setiap hari, dengan perut yg besar tu. huhu... Selain itu, di laluan ke dapur rumah saya dah dipasang pagar utk mengelakkan Hasan masuk ke dapur, dan setiap hari saya perlu melangkah pagar tersebut tak kurang dari 20 kali. Jadi aktiviti fizikal dalam rumah saja pun dah cukup sebagai senaman utk saya setiap hari. ^ ^"

Dari segi pemakanan, selain ambil Set Mengandung Shaklee, saya juga amalkan minum minyak kelapa dara (Virgin coconut oil) setiap hari mulai minggu 35 ke atas. Tujuannya utk mengelakkan koyak besar dan melicinkan proses meneran. Selain itu saya amalkan makan banyak kurma setelah masuk 3rd trimester. Antara kebaikan kurma ialah memudahkan proses bersalin, membekalkan zat besi dan tenaga, serta mengelakkan pendarahan (bleeding) ketika bersalin.

Mengandung kali ini saya lakukan lebih banyak persediaan rohani. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya menyertai kumpulan bisnes Shaklee yg sangat mementingkan penjagaan ibadah. Mentor2 Shaklee saya sangat menekankan penjagaan solat, solat sunat, zikir dan membaca al-Quran setiap hari. Saya cuba amalkan selagi mampu utk membina kekuatan jiwa. Mereka juga mengajar supaya menyebut dengan SPESIFIK apa yg kita mahukan dalam doa. Jangan ragu2 terhadap kemampuan Allah S.W.T. utk memberi apa yg kita inginkan. 

Menyedari bahawa saya tiada kesempatan utk berlatih deep breathing dan dengar Birth Affirmations, hanya tinggal berdoa saja usaha yg boleh saya lakukan. Saya sedar walau setinggi mana ilmu saya dan setinggi mana pun kemahiran doktor yg menguruskan, itu tidak akan menjamin bahawa saya akan terselamat dari sebarang komplikasi ketika bersalin. HANYA ALLAH yg berkuasa menentukan proses bersalin itu akan berjalan dengan lancar dan selamat. Jadi saya perlu berdoa bersungguh-sungguh di samping melakukan usaha2 lain. Semakin mendekati hujung kehamilan, saya banyakkan lagi berdoa dengan spesifik, minta Allah permudahkan urusan saya utk bersalin dengan tenang, normal dan selamat, dan minta Allah hantarkan orang yg baik2 utk menguruskan proses bersalin saya. Setiap hari saya ulang doa yg sama, hampir setiap kali lepas solat jika berkesempatan saya akan baca doa ini, terutamanya lepas solat Dhuha. Berdoa ketika waktu dhuha sangat memberi ketenangan jiwa dan menguatkan keyakinan saya terhadap bantuan Allah S.W.T. Alhamdulillah, Allah benar2 telah memberikan proses bersalin yg mudah dan cepat kepada saya. Maha Suci Allah, Allah Maha Pemurah dan Maha Pemberi Pertolongan.. :)

Penutup

Kunci utama utk mendapatkan proses bersalin yg lancar ialah persediaan fizikal, keyakinan sepenuhnya terhadap Allah, bersangka baik terhadap pertolongan Allah, have full control of your mind during birth, serta JANGAN STRESS dan JANGAN TAKUT untuk bersalin. Semakin anda tenang dan tidak takut, semakin mudah badan anda bekerja secara harmoni utk melahirkan bayi anda. InsyaAllah... Jadi diharap secebis perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada ibu2 yg bakal bersalin di luar sana. Manfaatkanlah segala tips yg saya kongsikan di sini bagi membantu anda mendapatkan proses bersalin yg anda inginkan. Sila kongsikan juga cerita ini dengan kawan2 lain ye :)


'Surge' ialah kata ganti bagi 'contraction'. (Kredit foto: Pn. Hayati Muzaffar)

Kredit foto: Pn. Hayati Muzaffar

***

Anda mungkin juga berminat:
Pengalaman Bersalin Anak Pertama dengan Kaedah HYPNOBIRTHING
PENGALAMAN GENTLE BIRTH ANAK KEEMPAT
CARA SAYA HILANGKAN STRETCHMARK
SET VITAMIN UNTUK WANITA HAMIL
Tips Merawat 'KEDINGINAN' Terhadap Hubungan Intim Selepas Bersalin

'Izzati Zahidah
Pengedar Shaklee Anda
013-5024370
FB: 'Izzati Zahidah